Ikuti Kami:

Song Kang Batal Perjumpaan Peminat Di 5 Negara Termasuk Malaysia, Tapi Kenapa?

Song Kang Batal Perjumpaan Peminat Di 5 Negara Termasuk Malaysia, Tapi Kenapa?

Rasanya ramai yang tak sabar menantikan kedatangan Song Kang ke Malaysia untuk menjalani perjumpaan peminatnya kan?

Walau bagaimanapun, terdapat berita sedih yang dikongsikan oleh penganjur Song Kang Asia Fan Meeting ‘Moment’ iaitu iMe Malaysia. Menerusi sebuah entri di lama sosial rasmi syarikat itu, acara berkenaan yang sepatutnya berlangsung di Malaysia pada 25 Februari ini telah dibatalkan.

Bukan itu sahaja, perjumpaan peminat yang dirancang diadakan di beberapa lokasi lain seperti Hong Kong, Jakarta, Singapura dan Bangkok turut dibatalkan.

Tidak memberikan alasan yang nyata, jelas syarikat itu,

Kami mengambil keputusan berat ini kerana situasi yang tidak dijangka.

Buat peminat yang sudah membeli tiket, proses pemulangan semula wang akan dilakukan secara berperingkat menerusi platform penjulan tiket yang digunakan masing-masing.

Sayangnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...