Ikuti Kami:

Song Joongki Pilih ‘Vincenzo’ Sebagai Drama Paling Seronok Dibintanginya

Song Joongki Pilih ‘Vincenzo’ Sebagai Drama Paling Seronok Dibintanginya

“Vincenzo” ternyata bukan sahaja drama yang berjaya menyentuh perasaan penonton namun ianya turut meninggalkan kesan kepada pelakonnya.

Menerusi sebuah temubual baru-baru ini, Song Joong-ki menyatakan bahawa “Vincenzo” ialah drama pertama yang membuatkan dia merasakan bahawa penggambaran adalah menyeronokkan.

Saya membuat kemunculan pertama pada usia yang agak lambat namun bernasib baik, kerana saya beruntung menerima pelbagai tawaran dan hanya mempunyai masa was-was yang sebentar. Saya berasa semakin terbeban untuk melakukan yang terbaik apabila diberi peluang kerana memulakan karier di usia yang lewat. ‘Vincenzo’ adalah drama pertama yang saya bebas daripada tekanan itu.  Disebabkan drama biasanya dirakamkan di bawah jadual yang padat, terdapat tanggapan bahawa ia adalah membebankan. Tetapi ‘Vincenzo’ ialah produksi yang mengajar saya bahawa tidak mustahil untuk kita berasa gembira di set tanpa melalui masa yang sukar. Semakin banyak kami menjalani penggambaran, saya berasa lebih tenang dan saya bersyukur kerana memilih ‘Vincenzo’.

song joongki

Nampak jelas kasih sayang Song Joong-ki terhadap drama ini apabila dia dilihat tunduk menangis semasa hari terakhir penggambaran.

Hanya saya yang ditangkap menangis dalam kamera, tapi sebenarnya kesemua pelakon menangis. Ia adalah sebuah peroduksi yang menyeronokkan sehingga saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Saya sentiasa beremosi apabila penggambaran tamat.

Sayang betul Song Joong-ki dengan “Vincenzo” kan, sama lah dengan kita?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...