Ikuti Kami:

Song Joongki Dikhabarkan Sedang Hangat Bercinta Dengan Seorang Peguam?

Song Joongki Dikhabarkan Sedang Hangat Bercinta Dengan Seorang Peguam?

Sejak kembali menjadi bujang, kehidupan cinta Song Joong-ki dan Song Hye-kyo sering menjadi perhatian pihak media dan juga netizen.

Pokok tak bergoyang, tiba-tiba pelakon lelaki itu diheret ke dalam gosip cinta apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang peguam. Desas-desus cerita ini mula berterbangan dalam industri perundangan di mana maklumat peribadi seorang peguam wanita mula dikongsikan di dalam aplikasi mesej segera. Khabarnya peguam wanita itu merupakan teman wanita kepada Song Joong-ki.

Walaubagaimanapun, agensi naungan pelakon lelaki History D&C itu telah tampil untuk memberikan kenyataan rasmi.

Gosip percintaan Song Joong-ki adalah tidak benar. Terdapat satu khabar angin yang tidak berasas sedang bertiup dalam industri perundangan tetapi ia adalah tidak benar.

song joongki bercinta peguam

Tambah agensinya lagi, pelakon lelaki itu kini sibuk dengan pelbagai aktiviti seni meskipun dia telah menarik diri daripada sebuah filem dek jadual kerja yang bercanggah.

Macam manalah gosip ini boleh berterbangan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...