Ikuti Kami:

“Song Jihyo Terlalu Baik..” – Ahli ‘Running Man’

“Song Jihyo Terlalu Baik..” – Ahli ‘Running Man’

Sudah berbelas tahun mengenali satu sama lain, pastinya semua ahli “Running Man” masak dengan perangai masing-masing.

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai Yang Se-chan dan Kim Dong-hyun. Meskipun diberi pilihan untuk memilih ahli sendiri, pahlawan MMA itu terpengaruh dengan bisikan Haha untuk mengambil Ji Suk-jin dan Jeon So-min sebagai ahli kumpulan mereka.

Selepas mengetahui bahawa episod kali ini mementingkan kesetiaan antara setiap ahli, kesemua mereka tertawa kerana mengetahui bahawa ahli yang paling senang belot berkumpul di bawah Kim Dong-hyun.

sbs running man

Kata Yoo Jae-suk,

Awak tahu tak kenapa Haha dan Ji Suk-jin mahu Jeon So-min bersama mereka? Supaya senang untuk menipu kumpulan itu.

Sambungnya,

Dengan kami, mereka akan berasa bersalah. Mereka tak boleh khianati Ji-hyo kerana mereka akan dimakan rasa bersalah. Ji-hyo terlalu baik sebab itu kami akan rasa tak senang.

Ikon ‘pengkhianat’ bila berkumpul memang huru-hara..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...