Ikuti Kami:

Song Jihyo Papah Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’, Penonton Risau Kecederaannya Masih Belum Pulih

Song Jihyo Papah Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’, Penonton Risau Kecederaannya Masih Belum Pulih

Mesti ramai yang sedih apabila Lee Kwang-soo umumkan bahawa dia mahu berehat seketika daripada jadual seninya termasuklah rancangan “Running Man” pada bulan lepas. Keputusan ini dibuat disebabkan oleh pergelangan kakinya yang retak akibat daripada sebuah kemalangan kecil.

Namun ternyata, lelaki itu tidak dapat berpisah lama dengan ahli keluarga keduanya itu dan kembali beraksi selepas hanya dua minggu berehat. Walaupun terpaksa menggunakan tongkat untuk memudahkannya bergerak, pelakon itu berterusan menunjukkan dedikasinya dalam menjayakan rancangan “Running Man” tanpa gagal.

Beberapa minggu lepas, Lee Kwang-soo kelihatan tidak menggunakan tongkatnya lagi untuk bergerak ke sana dan sini dan ramai penonton yang menyangka bahawa lelaki itu sudah pulih sepenuhnya. Tetapi mengejutkan kerana dia kelihatan masih lagi belum sembuh apabila ternampak kelibat Lee Kwangsoo dipapah oleh Song Ji-hyo dan tetamu Lee Do-hyun dalam satu babak daripada episod terbaru rancangan hiburan itu.

lee kwangsoo dipapah di running man

Rata-rata penonton meluahkan rasa susah hati melihat Lee Kwang-soo yang seperti memaksa dirinya untuk menyertai rakaman “Running Man” sehingga tidak menghiraukan kesihatan dirinya.

Tak cukup dengan itu, dikhabarkan bahawa pelakon lelaki itu juga kini sedang sibuk dengan rakaman musim ketiga program asal Netflix iaitu “Busted”. Oleh sebab itu, peminat berasa risau sekiranya kecederaan pada pergelangan kakinya itu akan cedera kembali dek jadualnya yang padat.

lee kwangsoo busted 3

Walaupun kerjaya juga penting tetapi diharapkan agar Lee Kwang-soo menjaga kesihatannya sebaik mungkin kerana kaki nak guna lama tahu!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...