Ikuti Kami:

Song Jihyo Derma Wang Kemenangan Dari Episod Ke-600 ‘Running Man’

Song Jihyo Derma Wang Kemenangan Dari Episod Ke-600 ‘Running Man’

Wang kemenangan dari episod ke-600 “Running Man” akhirnya sudah didermakan kepada badan yang memerlukannya.

Terbaru, Pertubuhan Kanak-Kanak Payung Hijau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Song Ji-hyo atas bantuan itu,

Song Ji-hyo menderma wang kemenangan buat kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah pada Mei lalu.

sbs running man

Untuk pengetahuan, kesemua ahli “Running Man” telah menyertai pelbagai misi ketika episod istimewa itu dan membenarkan pemenang untuk menderma wang hadiah kepada badan kebajikan atas namanya. Song Ji-hyo yang dinobat sebagai pemenang pada episod itu telah berjaya memberikan 8 juta won dibawah namanya.

Pengerusi persatuan itu turut sempat meninggalkan ucapan buat program berkenaan,

Kami berterima kasih buat pelakon Song Ji-hyo dan pasukan ‘Running Man’ yang menyertai aktiviti perkongsian supaya kanak-kanak kurang berkemampuan dapat merealisasikan impian mereka pada ulang tahun ke-100 Hari Kanak-Kanak yang bakal tiba. Pertubuhan Kanak-Kanak Payung Hijau akan terus melakukan yang terbaik untuk mencipta persekitaran di mana kanak-kanak boleh membesar dengan sihat dan mengejar aspirasi mereka.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...