Ikuti Kami:

Song Jihyo & 4 Pelakon Wanita Ini Dipilih Sebagai Penyebab Fenomena Rambut Pendek Di Korea

Song Jihyo & 4 Pelakon Wanita Ini Dipilih Sebagai Penyebab Fenomena Rambut Pendek Di Korea

Tidak dinafikan bahawa rambut pendek adalah satu gaya yang sukar untuk dicuba oleh para wanita diluar sana. Mungkin kerana rambut panjang yang ikal adalah sinonim kepada perwatakan feminin.

Baru-baru ini, majalah popular Harper’s Bazaar Korea telah menyenaraikan pelakon wanita yang berjaya mencipta fenomena selepas membuat keputusan untuk berambut pendek. Bahkan ada yang menjadikan mereka sebagai inspirasi ketika memilih gaya rambut di salon kecantikan.

Song Ji-hyo

Antara yang tersenarai ialah Song Ji-hyo di mana dia mengakui membuat keputusan drastik itu ketika mabuk. Walaupun menerima kritikan pada awalnya, namun pelakon tersebut berjaya mengubah persepsi ramai apabila rambut paras bahu itu membuatkannya kelihatan lebih muda.

Park Eun-bin

Dek feneomena “Extraordinary Attorney Woo”, nama Park Eun-bin mula meniti di bibir ramai. Malah rambutnya yang kemas membuatkan watak itu kelihatan comel dan membuatkan ramai tersenyum melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박은빈 (@eunbining0904)

Yoon Seung-ah

Menggunting rambut yang disimpan selama 3 tahun bagi tujuan menderma kepada badan memerlukan, keputusan itu nyata berpihak pada Yoon Seung-ah. Dengan leher yang panjang, rambut paras bawah telinga itu membuatkan mukanya lebih nampak kecil dan menawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 윤승아 (@doflwl)

Song Hye-kyo

Bukan Song Hye-kyo lah kalau tak nampak cantik dengan gaya rambut apa sekalipun. Penampilan wanita itu dengan rambut paras bahu ketika di persembahan fesyen FENDI tak lama dahulu nyata membuatkan ramai yang terpersona dengan wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Lee Yu-bi

Kalau dah comel, rambut macam mana pun pasti akan kelihatan comel juga kan? Begitulah dapat digambarkan mengenai Lee Yu-bin yang membuatkan penampilannya nampak lebih ‘ringan’ selepas memotong rambut pendek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이유비 (@yubi_190)

Yang pasti, semuanya cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...