Ikuti Kami:

“Song Jihyo 100% Seiras Watak No Aejung” – Sebab Kena Tonton Drama Komedi Romantik ‘Was It Love?’

“Song Jihyo 100% Seiras Watak No Aejung” – Sebab Kena Tonton Drama Komedi Romantik ‘Was It Love?’

Rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan Song Ji-hyo iaitu “Was It Love?” yang bakal bersiaran bermula malam ini (8 Julai).

Drama komedi romantik ini membawa kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem dan ibu tunggal yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki hadir dalam hidupnya dalam masa yang sama.

was it love?

Bagi meningkatkan lagi jangkaan penonton, penulis “Was It Love?” iaitu Lee Seung-jin telah membocorkan sedikit sebanyak mengenai naskhah tersebut. Pertama sekali, penulis itu menyatakan bahawa drama tersebut membawa elemen romantik yang tidak pernah dilihat lagi sebelum ini dek ‘cinta pentagon’ yang melibatkan 4 lelaki dan satu wanita.

Saya berharap agar penonton akan mengingati kisah cinta pertama dahulu, zaman 20-an yang bersinar, dan kisah romantik 5 warna apabila menonton 4 lelaki yang berbeza personaliti itu.

Bahkan Lee Seung-jin turut menyatakan bahawa setiap daripada pelakon yang menjayakan drama ini adalah sangat bersesuaian dengan watak yang dimainkan mereka.

Song Ji-hyo yang ceria dan berani adalah 100% sama dengan watak No Ae-jung. Kita sama-sama nantikan Son Ho-jun yang secara lahiriahnya nakal dan makin bertambah nakal semasa melakonkan watak Oh Dae-oh.

Kami juga yakin Song Jong-ho yang kemas dan kelakar mampu untuk melakonkan watak kasihan dan berjaya yang merupakan karakteristik wataknya.

was it love?

Penulis tersebut turut memuji Koo Ja-sung kerana senyuman manisnya dan cara percakapan yang baik adalah sangat sesuai dengan watak Oh Yeon-woo. Tambahan pula watak Goo Pa-do pula adalah sama dengan apa yang dibayangkan olehnya.

Sedar bahawa ramai yang percaya seseorang itu perlukan wang dan masa untuk capai impian dan cari cinta, penulis “Was It Love?” berharap agar menerusi drama ini ramai yang sedar keseronokan apabila cinta datang mengetuk pintu hati secara tiba-tiba.

Saya mahu hadiahkan penonton dengan rasa teruja apabila cinta hadir secara tiba-tiba dan tidak diduga, termasuklah pujukan di mana semua orang layak dicintai.

Lee Seung-jin juga berharap agar drama komedi romantik ini akan membuatkan hari buruk seseorang bertukar menjadi lebih baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...