Ikuti Kami:

Song Hyekyo Pernah Pakai! ‘Rubber Face Mask’ Ini Boleh Tambah Seri & Lembutkan Kulit Muka

Song Hyekyo Pernah Pakai! ‘Rubber Face Mask’ Ini Boleh Tambah Seri & Lembutkan Kulit Muka

Siapa masih ingat drama lakonan Song Hye-kyo dalam “Full House” yang ditayangkan pada 2004 dahulu?

Bagi yang belum tahu, “Full House” ialah drama romantik Song Hye-kyo yang berkisarkan tentang seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan kontrak dengan seorang lelaki (Rain) supaya dia boleh terus tinggal di rumah ibu bapanya.

Namun dalam artikel kali ini, Kimchi Daily ingin berkongsi tentang satu produk kecantikan yang dipakai oleh Song Hye-kyo dalam drama tersebut!

song hyekyo rubber mask

Dalam satu babak drama “Full House”, Song Hye-kyo dilihat memakai ‘Rubber Face Mask’ ketika berada di spa kecantikan. Biasanya, kita sering dengar soal ‘sheet mask’ atau ‘clay mask’ namun kurang mengenai ‘rubber mask’. Baru-baru ini di TikTok, seorang pengguna (@ninieshhh) telah berkongsi tentang ‘rubber face mask’ yang dipakai Song Hye-kyo dalam drama itu. Sebelum ini, produk kecantikan itu hanya boleh didapati di Korea dengan harga yang agak mahal namun kini, ianya telah mula dipasarkan di Malaysia!

reverie touch rubber mask

‘Rubber Face Mask’ Reverie Touch dijual dengan 2 pilihan iaitu Green Tea dan Rosy Glow. Bagi Green tea ianya diselit dengan ekstrak kaya vitamin semula jadi daripada Green Tea dan Purslane. Ia bertujuan untuk mencergaskan dan membawa keseimbangan kepada kulit yang letih dan tertekan. Manakala Rosy Glow, diperkaya dengan kebaikan semulajadi Ekstrak Mawar dan Likuoris, yang memberi fokus untuk menyuburkan dan mencerahkan kulit yang kusam. Kesemua bahan yang digunakan dalam produk ini ialah 100% premium, vegan dan bebas dari kekejaman. Jadi, korang boleh pilih antara dua jenis ini, yang dijual dengan 4 sachet dalam satu kotak, berharga RM35.00.

rubber mask korea

Cara penggunaanya amat mudah. Pertama sekali, tanggalkan solekan dan bersihkan muka dengan pembersih. Kemudian, pakai sedikit toner di muka. Campurkan 1 sachet Reverie Touch ke dalam 25-30ml air, sehingga terbentuk pes tebal yang licin dan likat seperti dalam gambar di atas. Untuk penggunaan yang lebih jimat, satu sachet itu boleh dibahagikan kepada dua adunan, agar boleh dipakai sebanyak dua kali.

Sapukan segera pada muka dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu, tanggalkan ‘mask’ dengan mencuci muka menggunakan air atau mengelap muka dengan pad kapas yang direndam dalam toner. Kemudian, jangan lupa untuk meneruskan rejimen penjagaan kulit anda iaitu toner, serum dan pelembap.

Korang cuba la beli dan pakai, mana tau kulit muka akan lebih berseri macam Song Hye-kyo lepas ni. Produk ‘Rubber Face Mask’ Reverie Touch tersebut boleh dibeli di sini atau di Shopee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...