Ikuti Kami:

Song Hyegyo Bawa Diri Ke New York Untuk Sambung Belajar?

Song Hyegyo Bawa Diri Ke New York Untuk Sambung Belajar?

Selepas mendiamkan diri usai kes penceraiannya bersama Song Joongki, Song Hyegyo dilihat telah menghadiri Minggu Fesyen New York atas jemputan jenama terkenal, Ralph Lauren.

Walaupun setelah acara itu selesai, pelakon wanita itu dilihat tidak terus pulang ke Korea walaupun untuk menyambut perayaan Chuseok yang berlangsung pada ketika itu. Khabar angin bertiup mengatakan bahawa Song Hyegyo kini telah menetap di New York buat sementara waktu bagi menjalani kursus jangka pendek di satu akademi seni di sana.

Menurut sumber daripada Hong Kong Apple Daily itu, dia terus tinggal di New York bagi memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar selepas menghadiri Minggu Fesyen New York tersebut.

song hyekyo sambung belajar

Pengurus daripada agensi cawangan Hong Kong pelakon wanita itu menyatakan, “Susah untuk memberitahu apa-apa mengenai kehidupan peribadinya.”

Hebat betul Song Hyegyo kerana masih tidak segan untuk menuntut ilmu walaupun sudah terkenal dan kaya. Mungkin dengan tinggal di sana, dia dapat mencari ketenangan dan memulakan hidup tanpa gangguan mata-mata di Korea.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...