Ikuti Kami:

Son Yejin Sah Bawa Watak Ketua Dermatologi Kaya Di Usia 40-an Dalam Drama ’39’

Son Yejin Sah Bawa Watak Ketua Dermatologi Kaya Di Usia 40-an Dalam Drama ’39’

Akhirnya, Son Ye-jin sah muncul dalam drama baru selepas “Crash Landing On You” tamat pada tahun lalu.

Hanya khabar angin sebelum ini, pelakon wanita itu disahkan bakal menerajui drama wanita “39”.

Untuk pengetahuan anda, “39” hanya mempunyai 12 episod dan membawa kisah romantik dan kehidupan harian tiga orang wanita yang bakal memasuki usia 40-an. Son Ye-jin akan melakonkan watak Cha Mi-jo, wanita yang membesar dalam persekitaran mewah dan memiliki semua yang dikehendakinya. Kini, dia merupakan seorang ketua dermatologi di sebuah klinik di Gangnam.

jeon mido dan son yejin

Antara pelakon lain yang sedang dalam perbincangan ialah, Jeon Mi-do, Ahn So-hee, Yeon Woo-jin dan Lee Moo-saeng. Ianya akan memulakan penggambaran sekitar Ogos selepas kesemua pelakon selesai dicari.

Macam mana agaknya So Ye-jin bawa watak seorang pakar dermatologi kaya ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...