Ikuti Kami:

Son Yejin & Kang Haneul Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Cut By The Heart’

Son Yejin & Kang Haneul Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Cut By The Heart’

Nampak gayanya berkemungkinan besar Son Ye-jin dan Kang Ha-neul akan bergandingan dalam sebuah drama bersejarah tak lama lagi!

Menurut laporan media, Son Ye-jin dikhabarkan sedang dalam perbincangan untuk membintangi drama “Cut By The Heart” iaitu sebuah drama bersejarah mengenai kisah cinta tragik Puteri Pyeonggang yang menggunakan perasaan On Dal untuk kepentingan dirinya sendiri. Manakala lelaki itu pula sanggup melakukan pengorbanan yang tidak berbaloi itu demi wanita dicintainya.

Tawaran berlakon itu turut disahkan oleh agensi naungannya iaitu MS Team Entertainment,

Ia adalah merupakan salah satu projek yang ditawarkan kepadanya dan tiada apa yang diputuskan lagi. Buat masa ini, Son Ye-jin sedang menyusun atur berkenaan projek seterusnya untuk filem Hollywood, ‘Cross’.

son yejin cut by the heart

Jikalau Son Ye-jin bersetuju untuk berlakon dalam “Cut By The Heart”, ia adalah drama bersejarah pertamanya sejak “The Great Ambition” pada tahun 2002 meskipun dia ada berlakon dalam filem bersejarah iaitu “The Pirates” (2014) dan “The Last Princess” (2016). Kalau anda nak tahu, oleh kerana kehebatan lakonannya dalam “The Last Princess”, pelakon wanita itu telah menerima beberapa anugerah hebat pada tahun tersebut di pelbagai majlis berprestij.

Bukan itu sahaja, Kang Ha-neul juga turut dikhabarkan menerima tawaran untuk melakonkan watak On Dal dan menurut agensinya, lelaki itu sedang meneliti projek tersebut buat masa ini.

kang haneul cut by the heart

Dalam drama ini, On Dal tinggal dengan ibunya di sebuah rumah usang dalam sebuah gunung. Berasa ingin tahu mengenai dunia luar, dia membawa diri ke sebuah pasar di perkampungan tersebut meskipun tahu hal itu akan membuat ibunya marah. Di situ, dia bertemu dengan Puteri Pyeonggang buat pertama kalinya. Tanpa disangka, puteri itu telah menjemputnya untuk tinggal bersama dan dia telah mengajar On Dal ilmu mempertahankan diri selain cara untuk membaca dan menulis.

Sama-sama kita nantikan sama ada kedua pelakon hebat ini akan menerima tawaran berlakon “Cut By The Heart”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...