Ikuti Kami:

Son Yejin Dikhabarkan Beli Bangunan Berharga RM57 Juta Di Seoul

Son Yejin Dikhabarkan Beli Bangunan Berharga RM57 Juta Di Seoul

Memang normal bagi selebriti Korea untuk menggunakan duit yang ada untuk melabur dalam hartanah, cepat untung mungkin!

Sama juga dengan pelakon Son Ye-jin yang dikhabarkan telah membeli sebuah bangunan di Sinsa-dong, Seoul dengan harga 16 bilion won (RM57,962,595). Difahamkan bahawa wanita itu telah melakukan perjanjian tersebut pada 28 Julai sebelum membayarnya pada 22 September. Menurut sumber, Son Ye-jin membuat pinjaman sebanyak 12 bilion won (RM43,479,241) dan selebihnya dibayar secara tunai.

son yejin beli bangunan

Bangunan tersebut dikatakan telah dibina pada tahun 1998 dan belum pernah melalui sebarang pengubahsuaian. Ia mempunyai 8 tingkat di mana 2 bawah tanah dan 6 tingkat lagi di atas tanah. Buat masa ini, bangunan tersebut dihuni pelbagai premis perniagaan seperti kedai kosmetik, klinik pembedahan plastik dan banyak lagi.

Hebat betul Son Ye-jin kerana mampu menjadi pemilik kepada hartanah mahal seperti ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...