Selepas “My Liberation Notes” tamat, Son Suk-ku nampaknya sedang sibuk dengan penggambaran untuk siri “D.P” musim kedua kini.
Pada 12 Jun, gambar Son Suk-ku sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua “D.P”, telah dimuat naik di laman Facebook ‘Idol Lab’. Pelakon itu tampak kacak menggayakan pakaian seragam tentera, membuatkan penonton semakin teruja untuk menantikan keluaran siri ini.
Untuk pengetahuan, siri Netflix “D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea. Selain pelakon dari musim pertama, musim kedua kali ini akan turut disertai Ji Jin-hee dan Kim Ji-hyun.
Dalam pada itu, Son Suk-ku memainkan watak Kapten Im Ji-sup dalam “D.P.” musim pertama. Im Ji-sup ialah pembantu kepada komander polis tentera Bahagian Infantri ke-103. Dia adalah watak yang mementingkan diri sendiri sehingga dia memanggil askar yang pergi bercuti, untuk menangkap orang yang melarikan diri tepat di tempat percutian.
Sama-sama kita nantikan tayangan “D.P.” musim kedua!