Akhirnya, Son Dong-woon daripada kumpulan Highlight sudah pun kembali daripada latihan khidmat ketenteraan.
Menurut sumber Arouund Us Entertainment,
Son Dong-woon sudah pun menamatkan tanggungjawabnya selama setahun 7 bulan sebagai polis dan sudah pun tamat latihan ketenteraan pada hari ini.
Son Dong-woon kini sedang menikmati cuti terakhirnya dan tidak perlu pulang ke markas tentera mengikut protokol baru dek COVID-19.
Dengan tamatnya latihan Son Dong-woon ini bermakna kesemua ahli Highlight sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka untuk negara. Rata-rata peminat nampaknya tidak sabar menantikan muzik baru daripada kumpulan itu memandangkan sudah lama mereka tidak menyapa peminat dengan lagu baru.
Seronoknya Dong-woon dah keluar!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.