Ikuti Kami:

So Jisub Kumpul Aset Puluhan Juta, Netizen ‘Speku’ Untuk Persiapan Kahwin Bersama Kekasih Mudanya

So Jisub Kumpul Aset Puluhan Juta, Netizen ‘Speku’ Untuk Persiapan Kahwin Bersama Kekasih Mudanya

So Jisub sememangnya tidak asing lagi dalam dunia seni Korea. Wajah kacaknya itu menjadi pujaan ramai wanita sejak kemunculan pertamanya sebagai model pada tahun 2005. Pun begitu, kariernya melonjak naik selepas membintangi banyak drama ‘meletop’ seperti “I’m Sorry I Love You”, “What Happened In Bali”, “Phantom”, “Master’s Sun”, “Oh My Venus”, “My Secret Terrius” dan banyak lagi.

Menginjak usia 40-an, semua tertanya-tanya bilakah lelaki tampan ini akan mengakhiri zaman bujangnya. Mengejutkan apabila So Jisub mengakui sedang hangat bercinta dengan seorang penyampai berita berusia 25 tahun iaitu Cho Eunjung. Meskipun jarak usia yang sangat ketara iaitu 17 tahun, namun ramai yang membanjiri pasangan ideal ini dengan ucapan tahniah.

so jisub beli aset berjuta untuk perkahwinan bersama cho eunjung

Sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, sudah pastinya lelaki ini telah mengumpul pelbagai aset di bawah namanya untuk kesenangan masa hadapan. Terbaru, So Jisub didedahkan telah menjual bangunannya di Yeoksam-dong, Gangnam yang baru sahaja dibelinya selama setahun. Menurut Money Today, pelakon itu menjualnya pada harga 37.1 billion won (RM 130 juta).

Daripada analisis Money Today, lelaki itu membuat keputusan untuk menjual bangunan tersebut kerana kadar kekosongannya. Selain itu, beban faedah adalah tinggi kerana 21 billion won (RM73.4 juta) daripada pinjaman 29.3 billion won (RM102.6 juta) adalah pinjaman daripada bangunannya. Tambahan lagi, cukai pendaftaran bangunan itu mencapai harga 1.5 billion (RM5.2 juta) dicampur dengan komisyen dan lain-lain. Menyebabkan So Jisub tidak mendapat keuntungan yang berbaloi pun.

cho eunjung so jisub

Namun begitu, So Jisub dikenali sebagai seorang artis yang bijak dalam urusan kewangan hartanah. Pada tahun 2011, dia telah membeli bangunan bernilai 2.9 billion won (RM10.1 juta) di Nohyeon-dong, Seoul dan menggunakannya sebagai bangunan bersekutu.

Terbaru, dia telah membeli sebuah kediaman di Hannam The Hill yang terletak di Hannam-dong, Seoul pada harga 6.1 billion won (RM21.3 juta) secara tunai. Ramai yang ‘speku’ So Jisub membeli villa tersebut sebagai persiapan untuk perkahwinan bersama kekasihnya, Cho Eunjung. Kalau anda nak tahu, wanita cantik ini juga telah bersara sebagai seorang penyiar, berkemungkinan besar kerana akan keluar daripada dunia selebriti untuk mengelak perhatian ramai selepas mereka berkahwin nanti.

so jisub cho eunjung

Untunglah Cho Eunjung dapat So Jisub sebagai kekasih!

Sumber: Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...