Ikuti Kami:

‘Snowdrop’, Lakonan Jisoo BLACKPINK & Jung Haein Bakal Temui Penonton Disember Ini

‘Snowdrop’, Lakonan Jisoo BLACKPINK & Jung Haein Bakal Temui Penonton Disember Ini

Setahun yang lalu, YG Entertainment, iaitu agensi kepada Ji-soo BLACKPINK telah mengesahkan bahawa Ji-soo akan debut sebagai seorang pelakon dalam drama pertamanya iaitu “Snowdrop”, dan akan digandingkan bersama dengan Jung Hae-in.

Setelah pelbagai khabar angin yang didengari mengenai bilakah drama ini akan ditayangkan, JTBC Drama, iaitu syarikat produksi bagi drama tersebut telah mendedahkan bahawa drama ini akan memulakan tayangan pada Disember tahun ini.

Bukan itu sahaja, poster rasmi pertama bagi drama ini juga telah dikeluarkan, yang mana telah menggembirakan ramai peminat Ji-soo dan Jung Hae-in!

blackpink jisoo

Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wania pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Wah! Makin tak sabar nak tunggu bulan Disember ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...