Ikuti Kami:

‘Snowdrop’ Dikecam & Penaja Tarik Diri Dek Dakwaan Putar Belit Sejarah, JTBC Beri Penjelasan

‘Snowdrop’ Dikecam & Penaja Tarik Diri Dek Dakwaan Putar Belit Sejarah, JTBC Beri Penjelasan

Meskipun baru dua episod ditayangkan namun “Snowdrop” terus menerima pelbagai kritikan dek tuduhan memutarbelitkan sejarah.

Bukan sahaja dikritik penonton malah pelbagai jenama yang menaja drama berkenaan turut memberikan permohonan maaf dan berjanji akan memastikan produk mereka tidak muncul lagi dalam “Snowdrop” selepas ini.

Antara jenama yang terlibat ialah Dyson, P&J Group, Ssarijai, GGANISONG, TEAZEN, Dopyeongyo, Downy, SONO SEASON dan Hans Electronics.

kontroversi snowdrop

Dek pelbagai isu yang timbul mengenai dakwaan ini, JTBC akhirnya tampil untuk memberikan penjelasan mengenainya baru-baru ini,

Kami ingin menyatakan posisi kami mengenai kontroversi yang terpalit buat ‘Snowdrop’.

Selepas tayangan ‘Snowdrop’, masih ada kontroversi yang belum surut dek kandungannya yang lari dari realiti, jadi kami ingin menjelaskannya.

Pertama sekali, motif disebalik kisah ‘Snowdrop’, latar belakang dan kejadian utama ialah mengenai situasi politik pemilihan presiden semasa rejim tentera. Berdasarkan latar belakang ini, K-Drama ini menyampaikan teori hipotesis di mana ada pihak yang bergabung dengan regim Korea Utara bagi mengekalkan kuasa mereka. ‘Snowdrop’ ialah projek yang memaparkan naratif orang lain dikorbankan bagi mencapai kuasa.

Tiada perisai yang mengetuai gerakan demokrasi dalam ‘Snowdrop’. Plot di mana pelakon lelaki dan wanita akan mengetuai atau menyertai gerakan berkenaan tidak muncul dalam episod pertama atau kedua dan tidak ada langsung dalam skrip selepas ini.

Kebanyakan salah faham yang diungkap oleh orang ramai seperti putar belit sejarah dan meremehkan pergerakan demokrasi akan terjawab menerusi episod akan datang apabila plotnya semakin berkembang. Ini termasuklah niat pihak produksi untuk tidak mengulangi era di mana kebebasan dan kebahagiaan individu ditekan dek kuasa yang tidak adil.

Sayangnya kami tidak boleh mendedahkan plot sebelum tayangannya, namun sila nantikan pada masa hadapan mengenai perkembangan ceritanya.

Dalam pada itu, JTBC bercadang untuk membuka perkhidmatan mesej secara langsung di laman portal bagi mendengar pelbagai pandangan berharga dan suara penonton mengenai kandungan kami.

Nilai utama JTBC ialah mengejar kebebasan dalam penghasilan kandungan selain kebebasan produksi. Berdasarkan nilai ini, JTBC akan memberikan yang terbaik untuk menyampaikan projek yang bagus.

Menerusi penjelasan ini, nampaknya semua salah faham akan terjawab pada episod akan datang “Snowdrop”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...