Ikuti Kami:

‘Snowdrop’ Dikecam Kerana Plot Seperti Putar Belit Sejarah, JTBC Tampil Beri Penjelasan

‘Snowdrop’ Dikecam Kerana Plot Seperti Putar Belit Sejarah, JTBC Tampil Beri Penjelasan

Disebabkan pelbagai drama yang terpalit isu mengenai kepincangan sejarah dalam plotnya, drama “Snowdrop” juga tidak terlepas daripada menjadi kritikan ramai.

Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Apabila sebahagian daripada sinopsis drama ini mula bertebaran di laman media sosial, ada yang mempersoalkan sama ada akan ada kontroversi putar belit sejarah nanti. Daripada informasi yang tersebar, watak lelaki utama ialah seorang perisik yang menyusup masuk dalam sebuah pergerakan aktivis manakala seorang watak lelaki lagi merupakan ketua pasukan di Agensi Perancangan Keselamatan Negara (NSP) dan digambarkan sebagai seorang yang terus dan adil.

Untuk pengetahuan anda, 1987 merupakan tahun penting buat sejarah Korea memandangkan terdapat satu pergerakan demokratik popular pada ketika itu yang menubuhkan bentuk kerajaan kini. NSP merupakan sebahagian daripada rejim kerajaan pada ketika itu.

kontroversi snowdrop

Selepas mendengar kerisauan ramai, JTBC mengeluarkan satu lagi kenyataan baru bagi menjelaskan mengenai kandungan drama “Snowdrop”.

Sekali lagi kami menekankan pendirian mengenai kontroversi yang menyeleubungi drama “Snowdrop”.

Kami berkongsi sekali lagi kenyataan mengenai salah faham yang timbul akibat kritikan dan spekulasi yang terus disebarkan berkaitan drama ini.

Kontroversi ini bermula daripada sebahagian informasi dan kombinasi daripada sinopsis yang tidak lengkap selain sebahagian daripada deskripsi watak. Sebahagian daripada maklumat ini digabung berdasarkan spekulasi dan menyebabkan perkara yang salah nampak seperti benar. benar, ini ialah salah produksi kerana tidak berhati-hati semasa menguruskan data.

Kami ingin mendedahkan sebahagian daripada plot ‘Snowdrop’ untuk kefahaman anda.

1. Berkaitan dengan kontroversi di mana drama ini didakwa meremehkan pergerakan pro-demokrasi. Di dalam skrip, tiada satu bahagian pun di mana watak lelaki dan wanita menyertai sebarang pergerakan pro-demokarasi. Bahkan, terdapat satu watak yang ditindas kerana mereka dituduh sebagai perisik Korea Utara oleh rejim tentera pada 1980-an.

2. Latar belakang dan motif disebalik kejadian utama dalam ‘Snowdrop’ ialah situasi politik sekitar pilihan raya presiden pada tahun 1987 bukannya pergerakan pro-demokrasi. Drama ini menggambarkan kisah fiksyen mengenai rejim tentera, NSP, dan semua yang berkuasa pada ketika itu dan bersekongkol dengan pemerintahan diktator Korea Utara selain merancang konspirasi bagi mengekalkan pengaruh mereka.

3. Dalam latar belakang ini, seorang perisik Korea Utara dan ejen NSP yang mengejar perisik tersebut muncul sebagai watak utama. Keduanya bukanlah watak yang menggambarkan kerajaan dan organisasi yang disertai oleh mereka. Mereka adalah watak yang akan menekankan pandangan kritikan pada NSP, yang aktif menyokong pengaruh besar melakukan korupsi bagi mengekalkan kerjaan pemerintahan. Jadinya, kerisauan mengenai drama ini menglamorkan perisik dan pekerja NSP adalah tidak relevan bagi ‘Snowdrop’.

4. Sebab kami menggambarkan ejen NSP sebagai ‘terus dan adil’ ialah kerana dia merupakan ejen rahsia yang menolak untuk menaiki posisi yang lebih berpengaruh dalam negara. Malah dia memilih untuk bekerja di luar negara kerana berasa kecewa melihat rakan setugas yang lain ‘mencipta’ perisik dan bukannya ‘menangkap’ mereka. Dia juga digambarkan sebagai seorang yang berprinsip dan sanggup mengkhianati organisasi pincang bagi melakukan apa yang dirasakan betul olehnya.

5. Nama watak di dalam drama ini langsung tidak berkaitan dengan Chun Young-cho (aktivis pro-demokrasi sebenar dalam sejarah). Walaubagaimanapun , disebabkan nama tersebut membuatkan ramai yang teringat padanya, kami akan menukar nama protagonis wanita.

Bermula saat ini, daripada informasi di atas. Kami meminta anda menahan diri daripada mempengaruhi pendapat awam dengan menyebarkan informasi salah mengenai drama yang belum lagi disiarkan. Tolong ketahui bahawa sikap ini melemahkan dan memudaratkan ramai pengkarya yang mahu menghasilkan produksi yang baik.

Kami akan mencuba yang terbaik untuk menadapat reaksi positif menerusi drama penuh ini nanti.

Sebagai peminat K-Drama luar negara, kita mungkin tak memahami apa yang berlaku mengenai kontroversi ini. Tapi sebaiknya kita cuba memahami daripada perspektif warga Korea yang lebih arif mengenai susur galur sejarah negara mereka. Okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...