Ikuti Kami:

“SKY Castle+The World Of The Married” – Netizen Dedah Point ‘The Penthouse’ Sama Dengan Drama Popular

“SKY Castle+The World Of The Married” – Netizen Dedah Point ‘The Penthouse’ Sama Dengan Drama Popular

Melihatkan rating yang terus meningkat naik, nampaknya drama “The Penthouse” kini menjadi tontonan wajib peminat K-Drama pada setiap Isnin dan Selasa.

Sinopsis ringkas

Berlatarbelakangkan kondominium penthouse mewah dengan 100 tingkat, drama ini membawa kisah konflik di antara tiga wanita: Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah) yang lahir dalam keluarga kaya dan merupakan ‘permaisuri’ di penthouse tersebut, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) iaitu ‘primadona’ yang sombong dan kaya di penthouse tersebut dan Oh Yoon-hee (Eugene) yang lahir dalam kancah kemiskinan tetapi berusaha keras untuk memasuki dunia kelas atasan untuk memastikan hidup yang baik untuk anak perempuannya.

penthouse

Sama ‘feel’ dengan drama popular

Rasanya ramai yang ada menonton drama “SKY Castle” dan “The World Of The Married” yang ditayangkan tak lama dalu. Kata penonton, drama “The Penthouse” seakan-akan terinspirasi daripada kedua drama popular tersebut.

Seperti “SKY Castle” yang memperlihatkan ibu bapa elit obses dengan pelajaran anak-anak supaya mereka dapat masuk ke universiti berprestij, “The Penthouse” juga menyaksikan ibu bapa yang obses bagi memastikan anak mereka memasuki sekolah muzik dan menjadi penyanyi soprano berjaya.

Malah “The Penthouse” turut menyelitkan adegan curang di antara Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dan Ju Dan-tae (Uhm Ki-joon) meskipun mereka rapat dengan pasangan masing-masing. Babak ini ternyata membuatkan penonton teringatkan drama “The World Of The Married” dek tema curang dan pengkhianatan rakan sendiri.

the world of the married lepasi rating sky castle

Rating tinggi

Mungkin juga ramai peminat K-Drama yang meminati genre seperti ini, ini dibuktikan daripada catatan rating yang hebat oleh “SKY Castle” dan “The World Of The Married”. Malah “The Penthouse” turut berjaya meraih rating lebih 10% pada tayangan awalnya dan kini ianya terus mencipta rekod pada saban tayangannya. Rekod terakhir yang dipegang oleh drama ini ialah 13.1%.

the penthouse

Yang pastinya, ramai sepertinya seronok menonton “The Penthouse”. Mungkin tema sahaja sama namun kandungan plotnya adalah lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...