Ikuti Kami:

“Skrip Sedang Tulis” – Jung Haein Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘D.P.’

“Skrip Sedang Tulis” – Jung Haein Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘D.P.’

Siapa sangka “D.P.” mampu meninggalkan impak yang besar buat penonton K-Drama meskipun hanya bersiaran selama 6 episod di Netflix.

Berakhir dengan klip pendek yang nyata mengejutkan, ramai yang meluahkan rasa ingin tahu sekaligus berharap akan ada musim kedua bagi drama ketenteraan ini.

Dalam sebuah temubual, Jung Hae-in menjawab persoalan yang bermain di minda penonton,

Terdapat pelbagai perasaan selepas penggambaran tamat. Saya terfikir apa akan berlaku selepas ini, dan babak akhirnya agak mengejutkan. Jadi, saya mahu tahu apa yang akan jadi seterusnya. Bagaimana cerita seterusnya akan disampaikan? Sebagai pelakon yang berlakon dalam musim pertama, saya mempunyai keinginan yang kuat untuk musim kedua. Saya juga mahukan musim kedua dan menjangkakannya. Apabila saya bertanya pada pengarah, dia mengatakan yang skrip kini sedang ditulis.

netflix d.p.

Ihsan dari Netflix

Sekadar pengetahuan, “D.P.” diadaptasi daripada webtoon popular mengisahkan seorang tentera muda bernama Ahn Jun-ho (Jung Hae-in) yang menjalani khidmat ketenteraan wajib seperti lelaki lain di Korea. Namun, dia kemudiannya sedar bahawa kehidupan di markas tentera adalah seperti neraka. Kemudian, pada suatu hari, dia menerima tawaran untuk menyertai unit ‘D.P. (Deserter Pursuit)’, di mana unit ini bertugas untuk mengejar kadet yang melarikan diri daripada latihan mereka.

Nampaknya musim kedua “D.P” mungkin bukan sekadar angan-angan. Anda mesti teruja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...