Ikuti Kami:

Skrip Ending ‘Hi Bye, Mama!’ Bocor Di Serata Media Sosial, Penonton Marah Penulis Sisihkan Watak Kim TaeHee!

Skrip Ending ‘Hi Bye, Mama!’ Bocor Di Serata Media Sosial, Penonton Marah Penulis Sisihkan Watak Kim TaeHee!

Keputusan Kim TaeHee untuk melakukan kemunculan kembali setelah 5 tahun berehat daripada berlakon nampaknya membuahkan hasil kerana drama “Hi Bye, Mama!” nyata mendapat perhatian ramai. Drama ini mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah daripada keluarganya akibat satu kemalangan ngeri. Ia membawa penonton menelusuri penggembaraan si isteri muncul semula dalam kehidupan suami dan anaknya sebagai roh selain usahanya untuk menjelma kembali sebagai manusia dalam masa 49 hari.

Naskhah yang turut diterajui oleh pelakon berbakat iaitu Lee KyuHyung ini telah memulakan langkah dengan baik sekali apabila berjaya meraih rating 5.9% pada episod pertamanya dan pernah mencecah angka 6.5% sebagai rekod terbaik semasa episod ke-4. Walaubagaimanapun, seminggu sebelum drama ini melabuhkan tirainya, “Hi Bye, Mama!” hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 4.2% iaitu rekod terendah setakat ini.

penonton marah dengan plot hi bye mama

Daripada respons penonton, perkembangan plotnya terlampau dramatik membuatkan ramai yang pening dan berhenti mengikutinya. Watak Cha YuRi yang dibawa oleh Kim TaeHee merupakan satu karakter yang disayangi oleh penonton setia dan mereka sebolehnya mahukan wanita itu kembali semula sebagai manusia selepas 49 hari selepas melihat kesengsaraannya. Cho GangHwa yang membawa watak suami yang berbelah bahagi di antara isteri lama dan isteri barunya turut menyentuh hati penonton.

“Hi Bye, Mama!” pada awalnya memberi fokus kepada kisah Cha YuRi yang cuba mendapatkan kembali tempat di samping keluarganya namun kini ianya seperti hilang arah. Jelmaan roh itu tiba-tiba berusaha untuk mengenenkan suaminya supaya berbaik-baik dengan isteri baru iaitu Oh MinJung (Go BoGyeol). Drama ini sepertinya mengenepikan Cha YuRi sebagai watak utama dan memberikan ‘spotlight’ kepada Oh MinJung yang sepatutnya hanyalah watak sampingan sahaja.

penonton marah dengan plot hi bye mama

Lagi mengejutkan apabila secara tiba-tiba ‘spoiler’ mengenai kesudahan drama “Hi Bye, Mama!” ini telah disebarkan di merata laman komuniti. Seorang individu yang kononnya mengakui bahawa dia adalah staf produksi untuk drama tersebut mendedahkan bahawa Cho GangHwa memilih untuk bersama Oh MinJung pada akhirnya dan Cha YuRi kembali semula ke dunia lain sebagai roh.

Para penonton setia naskhah ini menyelar penulis skrip yang seperti hilang arah sehingga menenggelamkan watak Cha YuRi dan tidak semena-mena menjadikan Oh MinJung sebagai bintang utama.

Nantikan episod terakhir “Hi Bye, Mama!” yang bakal ditayangkan pasa 17 April nanti!

Sumber: Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...