Ikuti Kami:

Skill Pengacaraan Lee Dongwook Dipuji Tapi Rancangan Bual Bicaranya Raih Rating Menyedihkan

Skill Pengacaraan Lee Dongwook Dipuji Tapi Rancangan Bual Bicaranya Raih Rating Menyedihkan

Pelakon Korea yang mempunyai darah Siberia ini ternyata dilengkapi dengan pelbagai kelebihan yang menimbulkan cemburu ramai orang. Bukan sahaja kacak dan pandai berlakon tetapi dia juga mempunyai kebolehan untuk menjadi pengacara dan mengemudi program bual bicara meskipun hanya mempunyai pengalaman pendek selama setahun semasa menjadi hos dalam rancangan “Strong Heart” pada tahun 2012.

lee dongwook wants to talk

Program terbaru yang dipegang olehnya bertajuk “Lee Dongwook Wants To Talk” membawa tetamu jemputan daripada sudut kehidupan berbeza pada saban minguu. Bukan sahaja selebriti seperti Gong Yoo tetapi rancangan ini pernah membawa pakar sains forensik dan pemain profesional Baduk bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang sedang ‘panas’.

gong yoo di lee dongwook wants to talk

Sudah 8 bahagian ditayangkan daripada keseluruhan 12 episod yang dirancangkan tetapi nampaknya rating yang dicatatkan oleh rancangan ini seperti tidak memberangsangkan walaupun menampilkan pelakon popular seperti Lee Dongwook sebagai wajah utamanya.

Rating tertinggi yang direkodkan oleh rancangan ini adalah apabila pelakon popular Gong Yoo yang juga merupakan teman baik Lee Dongwook muncul sebagai tetamu jemputan. Penampilan istimewa ini berjaya mencatat rating 4.8% dan dalam episod yang berikutnya rating turun naik di antara angka 3% dan 4%. Namun rekod terburuk dicatatkan pada episod baru-baru ini iaitu hanyalah 2.2%.

rating lee dongwook wants to talk

Kesemua penonton memuji kemahiran pengacaraan Lee Dongwook yang baik dan sentiasa mengutamakan tetamu. Lelaki ini dikatakan pandai membuatkan tetamu selesa dan membantu mereka meluahkan cerita dan pendapat dengan lebih panjang.

Rata-rata penonton memuji Lee Dongwook kerana bakatnya sebagai seorang hos. Cuma nasib tidak menyebelahinya dari aspek rating kerana banyak rancangan daripada saluran lain yang turut bertanding dalam slot yang sama.

Saya sangat seronok menontonnya.. Kelebihannya adalah kerana kita dapat lihat figura yang susah nak jumpa. Kemahiran pengacaraan Lee Dongwook adalah sempurna. Kerana dia berada di situ, mata saya berasa sangat gembira.

 

Sangat best. Saya faham kenapa ia diteruskan sehingga 12 episod.

 

Saya sangat suka. Tetapi agak sedih kerana rating rendah.

 

Sekiranya program bual bicara ditayangkan pada pukul 10 malam dan dan meraih 3%-4% maknanya ia adalah sangat bagus. Semasa tayangan ‘Romantic Doctor Kim’, rancangan ‘Sister’s Salon’ yang ditayangkan dalam slot sama hanya berjaya mendapat rating 1%.

lee dongwook wants to talk

Boleh tahan tinggi rating rancangan “Lee Dongwook Wants To Talk” ini. Maknanya walaupun rating rendah, tetapi ianya masih berjaya menarik perhatian penonton.

Sumber: TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...