Ikuti Kami:

Sitkom Pelajar Universiti Di Asrama Antarabangsa, Geletek Hati Dengan ‘So Not Worth It’ Di Netflix Kini

Sitkom Pelajar Universiti Di Asrama Antarabangsa, Geletek Hati Dengan ‘So Not Worth It’ Di Netflix Kini

Netflix sentiasa mencuba sesuatu yang baru, sebab itulah anda perlu tonton sitkom Korea pertama mereka iaitu “So Not Worth It“.

Mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar antarabangsa yang tinggal di asrama universiti, anda pastinya akan terhibur melihat kesemua mereka melalui kehidupan dengan budaya berbeza. Paling best, semua pandai berbahasa Korea tau!

Baru-baru ini, KimchiDaily berpeluang menyertai temubual eksklusif bersama beberapa barisan pelakon sitkom tersebut. Dengar cerita mereka, dah rasa teruja untuk marathon kesemua 12 episodnya sekarang juga.

Jom kenali dan selami kisah mereka!

Personaliti dan latar belakang berbeza

Se-wan (Park Se-wan)

Gadis ini merupakan penasihat residen di asrama tersebut dan mempunyai banyak pekerjaan separuh masa bagi menampung dirinya. Disebabkan oleh situasi keluarganya, dia membesar dengan tegas dan bermuka tebal, lantas mampu membuat wang dengan pelbagai muslihat di asrama itu.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Jamie Houston (Shin Hyun-seung)

Berasal daripada Amerika Syarikat, pelajar baru ini nyata menjadi bualan ramai dek wajahnya yang tampan. Mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai Korea, lelaki ini melalui pelbagai peristiwa menyeronokkan sepanjang berada di asrama itu.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Sam (Young-jae GOT7)

Mempunyai kacukan Korea-Australia, Sam ialah pelajar termuda di dalam kumpulan rakan itu. Suka ‘sembang kencang’ dan berlagak, dia merupakan seorang penipu yang comel dek telinganya yang menjadi merah apabila sedang menipu. Walaupun sedikit ‘bodoh-bodoh’, namun hatinya adalah sangat naif.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Minnie [Minnie (G)-IDLE]

Pasti korang boleh relate dengan watak ini sebabnya Minnie dikenali kerana sangat gilakan kandungan Korea dan pelakon kegemarannya ialah Hyun Bin (Crash Landing On You). Suka berfesyen dan pergi ke kelab seperti pelajar universiti lain, gadis ini turut mengecapi impian ramai apabila dipanggil ke uji bakat K-Pop meskipun hanya menemani rakannya pada asalnya.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Han Hyun-min (Han Hyun-min)

Tinggal jauh, Hyun-min terpaksa berulang-alik selama 5 jam setiap hari untuk ke universiti. Menggunakan kelebihan penampilannya, lelaki itu kemudian menyelinap masuk ke dalam asrama tersebut dan berlakon sebagai pelajar antarabangsa. Walaupun sering terlibat dalam situasi yang susah dan kelakar, namun Hyun-min kekal dengan pandangan positifnya.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Hans (Joakim Sorensen)

Hans dikenali kerana sangatlah mengikut peraturan kecuali apabila ia menyusahkan dirinya sendiri. Kadang kala dia dianggap berlagak dan obsesif terhadap sesetengah isu yang diminatinya. Meskipun tegas dengan sesetengah perkara, dia merupakan rakan pelik yang disayangi dalam kumpulan rakan itu.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Carson (Carson Allen)

Merupakan seorang senior, dia berlagak seperti ‘kakak’ kepada kumpulan kawan itu. Malah dia sering menggunakan ekspresi orang-orang tua sehingga menampakkan dia seperti kuno dan ketinggalan zaman. Mempunyai selera yang besar namun dia juga mempunyai hati yang sama besarnya.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Terris (Terris Brown)

Terris dikenali sebagai seorang yang pandai segalanya dan digambarkan sebagai seorang kasanova. Bukan kerana dia berjumpa dengan ramai perempuan dalam satu masa tapi kerana dia suka mengikut kata hatinya. Nampak seperti selalu menunjuk tapi lelaki ini sangat baik orangnya.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Sitkom dengan pelbagai persona

Kesemua pelakon drama ini menjanjikan bahawa sitkom ini memang menghiburkan. Jelas Han Hyun-min,

Ia mengandungi banyak kisah yang berlaku dalam universiti, jadi ia boleh difahami oleh penonton daripada kalangan anak muda. Malah ia juga menampilkan komedi tempatan, penonton yang meminati Korea pasti akan dapat mempelajari lebih banyak lagi mengenai negara ini.

Young-jae menambah bahawa kepelbagaian watak dengan latar belakang berbeza di dalam sitkom ini merupakan persona menariknya,

Walaupun berbeza warna (personaliti), mereka tidak bercanggah antara satu sama lain malah mampu bergerak secara harmoni.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Pasti menghiburkan

Disebabkan “So Not Worth It” ialah menyeronokkan dan komikal, pastinya banyak kejadian kelakar yang berlaku semasa penggambaran.

Park Se-wan turut sempat berkongsi satu cerita kelakar yang terjadi,

Ia adalah sangat kelakar. Terris ialah satu watak yang sering menyarungkan beanie. Pada satu babak di bilik bawah tanah, Hyun-min memukul kepala Terris dan beanie tersebut jatuh. Tapi Terris sebenarnya ada meletakkan sebungkus ais di dalam topi tersebut kerana berasa sangat panas. Jadi apabila beanie tersebut jatuh, hanya pek ais sahaja tertinggal di atas kepalanya. Kelakar sangat sampaikan kami gelak sehingga penggambaran pada hari itu tamat.

Shin Hyun-seung juga menambah, terdapat satu lagi babak yang kelakar di mana ia adalah ketika Hyun-min dan kesemua pelakon termasuklah profesor Jung menari bersama.

Ia adalah sangat seronok dan akan sentiasa diingati.

netflix so not worth it

Ikhsan dari Netflix

Young-jae pula mengatakan bahawa babak yang mana menampilkan watak Hyun-min, pastinya akan berlaku sesuatu yang kelakar. Idola itu meminta semua orang untuk menantikan setiap babak lelaki itu.

Malah Hyun-min menambah bahawa dia sering lakukan NG kerana tak mampu menahan ketawa dek pelbagai situasi kelakar semasa penggambaran.

Fuhhh.. nampaknya memang kelakar habis sitkom ini. Sesiapa yang nak ceriakan hujung minggu anda, bolehlah marathon kesemua 12 episod “So Not Worth It” di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...