Ikuti Kami:

“Sistem K-Pop Ni Tiada Perikemanusiaan Ke?”- RM BTS Bidas Soalan Sensitif Wartawan

“Sistem K-Pop Ni Tiada Perikemanusiaan Ke?”- RM BTS Bidas Soalan Sensitif Wartawan

Wah, RM BTS tengah meluahkan perasaan ke?

Baru-baru ini, RM BTS telah ditemu bual oleh sebuah majalah terkemuka di Sepanyol. Untuk maklumat, kumpulan BTS telah memecahkan pelbagai rekod dalam industri muzik global hampir 10 tahun.

Mengenai ini, RM berkata,

Saya telah memulakan aktiviti berkumpulan pada usia yang sangat muda dan saya telah  mencipta tenaga yang hanya boleh dimiliki pada umur 20-an. Saya cuba sedaya upaya untuk curahkan yang terbaik. Saya juga bekerja keras siang dan malam untuk menghasilkan muzik yang sempurna.

Tambahnya lagi,

Terima kasih kepada peminat kerana saya berjaya memperoleh kejayaan, cinta dan juga pengaruh. Kini, saya mampu melakukan muzik yang saya inginkan tanpa memikirkan tentang kewangan.

RM BTS

Seterusnya, majalah itu bertanyakan soalan yang agak sensitif berkaitan dengan dunia K-Pop kepada RM.

Adakah sistem K-Pop ini tidak mempunyai perikemanusiaan?

Jawab RM dengan tenang,

Jika saya mengaku ianya sebahagian daripadanya, sistem ini akan dianggap sebagai sistem yang yang memusnahkan orang muda. Sebenarnya, sistem K-Pop ini adalah sebahagian daripada proses yang menjadikan industri K-Pop berjaya hingga sekarang. Kini, ia telah bertambah baik dalam pelbagi bidang.

Kemudian pihak majalah bertanyakan lagi soalan kepada rapper itu,

Sistem K-Pop hanya mengejar latihan yang sempurna dan berlebihan sahaja. Adakah ini ciri budaya Korea?

RM BTS

Jawab RM dengan berkongsi betapa kerja kerasnya orang di Korea,

Korea adalah negara yang pernah dijajah dan hampir musnah pada suatu ketika dahulu. Kini, Korea sudah berjaya. Ini kerana orang Korea telah bekerja keras. Disebabkan orang-orang yang pernah menjajah negara berkata, orang Korea terlalu bekerja keras untuk diri sendiri. Oleh itu, kami (rakyat Korea) berjaya mencapai matlamat kami dengan cara tersebut.

Tanpa latihan yang sebegitu, maka tak adalah kejayaan seperti sekarang.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...