Rasanya semua orang yang mengikuti siri drama “School” mengetahui bahawa mereka sudah mempunyai beberapa rangkaian naskhah di bawahnya. Bermula daripada tahun 1999, “School” kini sudah pun memasuki siri ke-8 dan dikatakan drama terbaru itu akan ditayangkan pada tahun ini.
“School 2020” dikhabarkan akan menceritakan kisah para pelajar di sekolah menengah vokasional. Drama ini memberi fokus kepada kehidupan dua pelajar terutamanya kepada Kim Taejin dan Na Geumyoung.
Kim Taejin ialah seorang ahli Taekwondo dan telah memenangi pingat gangsa di Petandingan Sukan Antarabangsa tetapi mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius. Dalam masa yang sama, perniagaan keluarganya turut gulung tikar. Lelaki itu kemudiannya berhenti sebagai atlet dan mendaftarkan diri ke sekolah vokasional. Meskipun dia agak matang daripada usianya tetapi Taejin adalah sangat pemalu di hadapan gadis disukainya.
Na Geumyoung adalah pelajar tahun 2 di sekolah menengah vokasional. Berangan-angan ingin menjadi seorang Youtuber terkenal, gadis itu mengambil bidang masakan di sekolah tersebut. Ayah gadis itu mempunyai perniagaan karaoke yang terletak di pinggir bandar itu.
Dengar cerita watak Kim Taejin akan dilakonkan oleh idola kumpulan X1 iaitu Kim Yohan namun watak heroinnya masih tidak disahkan lagi. Tapi ramai kata mereka sudah mulakan penggambaran. Sama-sama saksikan pengumuman rasmi mengenai drama “School 2020” yang bakal ditayangkan nanti!
Sumber: Soompi