Ikuti Kami:

Siri Misteri ‘Connect’ Lakonan Jung Haein & Go Kyungpyo Tayang Di Disney+ Disember Ini

Siri Misteri ‘Connect’ Lakonan Jung Haein & Go Kyungpyo Tayang Di Disney+ Disember Ini

Nampaknya, akan ada banyak K-Drama baru bakal menemui penonton menerusi Disney+!

Terbaru, Disney+ telah mengesahkan tayangan drama “Connect” yang dibintangi pelakon hebat Jung Hae-in, Go Kyung-pyo dan Kim Hye-jun pada Disember ini.

Untuk pengetahuan, “Connect” ialah sebuah drama tentang perlumbaan baru dengan tubuh abadi yang dipanggil ‘Connect’. Ia bermula apabila organisasi pemerdagangan organ menculik seseorang daripada kumpulan tersebut, mengalihkan sebelah matanya dan kemudian memindahkan matanya kepada pembunuh bersiri, yang menyebabkan kekecohan di Korea.

disney+ connect

Dalam drama ini, Jung Hae-in akan memainkan watak sebagai Dong-soo, yang akan tampil dengan penampilan yang mengejutkan dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Manakala Go Kyung-pyo akan berperan sebagai Jin-seop, seorang rakan sekerja yang sempurna. Seterusnya Kim Hye-jun akan membawa watak Lee Rang, seorang yang misteri dan juga pembantu kepada Dong-soo.

Siap sedia semua, “Connect” bakal ditayangkan pada Disember ini menerusi Disney+.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...