Utama Drama Korea Singkap Sisi Gelap Wartawan, ‘Hush’ Tamat Dengan Rating Rendah

Singkap Sisi Gelap Wartawan, ‘Hush’ Tamat Dengan Rating Rendah

episod akhir hush

Yang bestnya mengenai K-Drama ialah mereka tidak gentar untuk membawa pelbagai isu masyarakat dalam khidupan orang berkuasa sebagai inti pati utama naskhah tersebut. Sama juga dengan drama “Hush” yang baru sahaja menamatkan tayangan baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

Han Joo-hyeok (Hwang Jung-min) ialah seorang wartawan veteran bagi sebuah surat khabar. Walaupun pada awalnya memilih karier itu bagi menegakkan keadilan, namun kini dia tersepit di antara konflik idealistik dan pragmatisme. Malah dia terpaksa melalui pelbagai isu sebagai seorang suami dan ayah.

episod akhir hush

Rating mengecewakan sepanjang tayangan

Meskipun sarat dengan pengajaran hidup dan kredibiliti yang perlu ditanggung oleh golongan wartawan, nampaknya “Hush” gagal untuk menarik jumlah penonton yang ramai semasa tayangannya.

Diterajui oleh pelakon hebat dan popular iaitu Hwang Jung-min dan Im Yoon-ah namun ianya hanya mampu berlegar-legar dalam lingkungan rating 2% sahaja sehingga episod akhirnya di mana “Hush” mencatatkan rating 2.3%.

episod akhir hush

Apa pun, banyak perkara yang boleh dipelajari dalam drama ini. Tak rugi kalau korang mula menontonnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...