Ikuti Kami:

Sinematografi & Plot Dipuji, ‘Bulgasal’ Mula Dengan Rating Memuaskan

Sinematografi & Plot Dipuji, ‘Bulgasal’ Mula Dengan Rating Memuaskan

Siapa yang minat drama fantasi, pastinya tidak terlepas menonton episod awal “Bulgasal” kan?

Sinopsis

“Bulgasal” ialah drama fantasi yang mengetengahkan dua watak utama di mana seorangnya ialah wanita yang telah melalui beberapa kali kelahiran semula sepanjang 600 tahun lamanya dan mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Manakala watak kedua ialah seorang lelaki yang telah hidup sebagai ‘bulgasal’ (makhluk yang hidup menjamah darah manusia dan disumpah dengan kehidupan selamanya) selama 600 tahun.

tvn bulgasal

Persoalan demi persoalan

[Amaran SPOILER]

Dari episod awal, kehidupan Min Sang-woon (Kwon Na-ra) dan Dan Hwal (Lee Jin-wook) nampaknya sudah berbelit selama beratus tahun lamanya. Rupanya wanita itu mampu berubah menjadi manusia selepas dia mengambil nyawa lelaki itu 600 tahun yang lalu. Berlainan nasib, Min Sang-woon mampu melalui kehidupan normal namun lelaki itu pula terpaksa menjalani kehidupan yang menyeksakan sebagai bulgasal.

600 tahun kemudian, kehidupan mereka berdua kembali bertembung di mana Dan Hwal sepertinya masih berdendam dan Min Sang-woon yang nampaknya terpinga-pinga dengan bayangan lamanya. Apakah percaturan nasib mereka berdua nanti?

tvn bulgasal

Rating baik

Untuk tayangan awal ini, “Bulgasal” menunjukkan prestasi yang baik dengan catatan rating sebanyak 6.3% untuk episod pertama dan menurun ke 5.8% bagi episod seterusnya.

Dalam pada itu, rata-rata penonton memuji kehebatan lakonan teraju utama iaitu Lee Jin-wook dan Kwon Na-ra. Malah plot dan sinematografi drama ini dikatakan setanding dengan filem berbajet besar. Memang best!

Sudahkah anda menonton episod awal drama fantasi ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...