Ikuti Kami:

Sinematografi Misteri & Magis Dipuji, Rating Episod Awal ‘Lovers Of The Red Sky’ Tinggi

Sinematografi Misteri & Magis Dipuji, Rating Episod Awal ‘Lovers Of The Red Sky’ Tinggi

Siapa yang dah layan drama bersejarah terbaru lakonan Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seob iaitu “Lovers Of The Red Sky”?

Sinopsis

Drama bersejarah ini membawa cerita misteri dan menawan mengenai Hong Chun-gi (Kim Yoo-jung), seorang pelukis wanita yang memasuki Dohwawon (akademi melukis diraja) untuk pertama kalinya dek kemahiran dan pandangannya yang estetik. Walaubagaimanapun, nasibnya mula berbelit apabila mula mengenali Ha Ram (Ahn Hyo-seop) iaitu seseorang yang pandai membaca bintang.

Permulaan penuh misteri dan magis

[Amaran SPOILER]

Disebabkan oleh sumpahan Ma Wang (Dewa Kematian), seluruh penduduk mengalami kesukaran selain Chun-gi yang turut menjadi buta kerananya. Dia kemudiannya ditemui dengan pasangan yang mampu melepasi tragedi ini iaitu Ha-ram.sbs lovers of the red skyWalaubagaimanapun, semasa satu ritual untuk menurunkan hujan ke kawasan mereka dijalankan, dewa tersebut dilepaskan semula sekaligus menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Bagi menyelamatkan Ha-ram, Dewi Samshin telah mengambil penglihatannya bagi menutup mata jelmaan di dalamnya sekaligus mengembalikan semua penglihatan Chun-gi.

Melompat ke 19 tahun kemudian, Chun-gi yang merupakan seorang pelukis hebat di kampungnya bertemu semula dengan Ha-ram dan kembali mengingati sedikit ingatan mengenai masa lalu. Walaubagaimanapun, tiada apa yang pasti mengenai apa yang bakal mematikan sumpahan di antara mereka memandangkan Ma Wang sepertinya sudah kembali dan bakal menghantui kehidupan keduanya.sbs lovers of the red sky

Rating tinggi

Selepas muncul bergaya pada episod pertama dengan rating 6.6%, “Lovers Of The Red Sky” menunjukkan peningkatan yang menakjubkan apabila meraih rating 8.8% semasa tayangan episod kedua. Bahkan ia berjaya merampas kedudukan No 1 bagi slot tayangan tersebut yang dipegang kemas oleh “Police University” sebelum ini.

Siapa minat drama sejarah dan digabungkan dengan fantasi, kena layan “Lovers Of The Red Sky”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...