Ikuti Kami:

Simon Cowell Umum Genre ‘UK-Pop’ Untuk Saingi Populariti BTS, Peminat Marah K-Pop Cuba Di’Barat’kan

Simon Cowell Umum Genre ‘UK-Pop’ Untuk Saingi Populariti BTS, Peminat Marah K-Pop Cuba Di’Barat’kan

Seperti yang semua ketahui, genre K-Pop kini bukan sahaja popular di Asia Tenggara, bahkan ia sudah berjaya menembusi pasaran muzik dunia. Rata-rata kumpulan K-Pop kini mampu mengadakan konsert di mana-mana negara tanpa perlu risau jika tiada yang menghadirinya. Disebabkan fenomena K-Pop ini, semakin ramai yang cuba meniru konsep mereka supaya dapat ‘membuat duit’ di negara sendiri.

Salaha seorang daripada nama besar yang cuba merebut idea itu ialah Simon Cowell yang dikenali ramai sebagai juri kepada pertandingan seperti “American Idols” dan “The X-Factor”. Kata lelaki berusia 60 tahun itu, dia bakal mengadakan satu lagi rancangan realiti televisyen iaitu “X Factor: The Band” di mana dia berharap dapat bersaing dengan kumpulan ikonik K-Pop seperti BTS dan Blackpink.

peminat marah simon cowell umum genre uk-pop untuk saingi populariti bts

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat kumpulan K-Pop berasa ‘bengang’ apabila membaca kenyataan Simon itu. Tambahan lagi, apabila dia beria-ia ingin memperkenalkan satu genre baru berasaskan daripada K-Pop yang akan dipanggil sebagai “UK-Pop”.

“Kini, jelas kelihatan bahawa K-Pop sedang memerintah dunia tapi sekarang ialah masa untuk UK-Pop”, katanya.

peminat marah simon cowell umum genre uk-pop untuk saingi populariti bts

Rata-rata peminat membantah cadangan ini kerana mereka menyelar tindakan lelaki itu yang cuba mencuri dan ‘memutihkan’ genre K-pop. Ada peminat yang menebak bahawa mungkin Simon tidak puas hati melihat kepopularitian BTS di seluruh dunia sehingga cuba merampas takhta itu dengan mencipta genre dan kumpulan Barat yang baru.

Ramai juga yang tidak faham mengenai genre UK-Pop ini kerana kalau nak diikutkan, sudah banyak kumpulan pop daripada British yang popular. Antaranya ialah One Direction dan Little Mix. Jadi kenapa Simon seperti terlupa tentang kewujudan kumpulan-kumpulan hebat ini.

Sumber: DailyMail

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...