Ikuti Kami:

Sibuk Dengan Latihan Ketenteraan, G-Dragon Masih Mampu Kaut Hampir RM 5 Juta Duit Royalti Lagu!

Sibuk Dengan Latihan Ketenteraan, G-Dragon Masih Mampu Kaut Hampir RM 5 Juta Duit Royalti Lagu!

Seperti yang diketahui oleh peminat BIGBANG, kesemua ahli kumpulan K-Pop ini kecuali TOP sedang sibuk menjalani latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan bagi lelaki Korea. Walaupun Taeyang, TOP dan Daesung juga terkenal dalam kalangan umum, tetapi ketua kumpulan lelaki ini iaitu G-Dragon mempunyai lebih ramai peminat. Walaupun seseorang itu tidak mendengar lagu K-Pop, namun mereka pasti pernah mendengar namanya.

Bukan sahaja terkenal kerana merupakan ahli kumpulan BIGBANG tetapi bakatnya dalam pembikinan dan gubahan lagu turut mendapat ‘thumbs up’ daripada orang awam. Kalau nak tahu, G-Dragon telah mula menulis lagu sejak dia berusia 13 tahun lagi. Wow!

g-dragon kaut hampir 5 juta royalti

Menurut laporan Mnet’s ‘TMI News’, penyanyi lelaki ini telah membuat duit yang banyak sebagai komposer lagu. Dalam ramai-ramai idola, dia merupakan antara yang mendapat duit royalti yang banyak menerusi hak cipta lagu ciptaannya. Walaupun tidak aktif dalam bidang seni sekarang ini, lelaki itu telah meraih 1.4 billion KRW (RM 4,911,506) sepanjang tahun lepas. Memang tak hairanlah kerana terdapat 173 lagu telah didaftarkan di bawah namanya semenjak dia mula menulis lagu.

g-dragon kaut hampir 5 juta royalti

Antara lagu yang menyumbangkan banyak duit royalti kepadanya ialah lagu solonya sendiri iaitu “This Love” dan juga lagu kumpulan BIGBANG iaitu “Fantastic Baby” dan “Lies”. Baru berusia 28 tahun tetapi lelaki ini sudah mempunyai aset yang banyak. Mesti bahagia!

Sumber: Kstarlive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...