Ikuti Kami:

Siasatan Otak Bersambung, Episod Akhir ‘Brain Works’ Raih Rating Biasa

Siasatan Otak Bersambung, Episod Akhir ‘Brain Works’ Raih Rating Biasa

Sedar tak sedar, drama “Brain Works” sudah pun menamatkan siaran pada malam kelmarin.

Sinopsis

Ia merupakan drama bergenre komedi berunsurkan sains dan penyiasatan yang mengisahkan dua lelaki, pakar saraf Shin Ha-ru (Jung Yong-hwa) dan detektif Geum Myung-se (Cha Tae-hyun) yang berkerjasama untuk menyelesaikan kes jenayah melibatkan satu penyakit otak.

Berakhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Selepas semua yang dilalui, akhirnya Geum Mung-se dan Shin Ha-ru menerima penghargaan atas keberanian dan sumbangan mereka. Walaupun awalnya seperti teragak-agak, namun mereka kembali bekerjasama dan cuba menyelesaikan kes baru apabila seorang lelaki seperti zombi dilihat menggigit kepala pelanggan di restoran.

kbs brain works

Rating biasa

Bagi drama yang ditayangkan di saluran awam, catatan rating yang mampu dicatatkan oleh “Brain Works” hanyalah biasa-biasa sahaja. Untuk episod akhir ini, “Brain Works” hanya meraih rating sebanyak 4.9% dan gagal memecahkan rekod terbaik dicatatkan pada episod pertama iaitu 5.2%.

Korang puas hati tak dengan ending “Brain Works”?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...