Ikuti Kami:

“Siapa Pelakon Wanita Itu, Cantik Sungguh!” – Netizen Terhibur Lihat Komen Nakal Rain Pada Kim Taehee

“Siapa Pelakon Wanita Itu, Cantik Sungguh!” – Netizen Terhibur Lihat Komen Nakal Rain Pada Kim Taehee

Suatu ketika dahulu, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita hubungan cinta antara penyanyi sensasi iaitu Rain dan pelakon wanita terkenal, Kim Taehee. Siapa sangka senyap-senyap, mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih. Selepas lama bercinta, mereka telah mengikat tali perkahwinan pada Januari 2017 dan menyambut kelahiran cahaya pertama mereka pada Oktober tahun yang sama. Baru-baru ini, mereka menambah ahli keluarga baru apabila Kim Taehee melahirkan anak kedua mereka. Mesti meriah!

rain kim taehee

Umum mengetahui bahawa Rain sangatlah mencintai isterinya. Apabila ada sahaja yang menyebut perihal isterinya di rancangan hiburan, sudah pasti lelaki itu akan tersenyum lebar. Sweet sungguh!

Meskipun baru sahaja melahirkan anak kedua lebih kurang 3 bulan lepas, Kim Taehee sudah kembali aktif dalam dunia seni. Beberapa hari lepas, pelakon wanita itu telah menghadiri majlis pelancaran untuk jenama “Cellcure” di mana dia merupakan dutanya. Kesemua peminat yang berada di acara tersebut rata-ratanya terpegun melihat kecantikan wanita itu yang mengenakan dress labuh berwarna putih.

rain kim taehee

Rupanya, bukan para peminat sahaja yang tertawan melihat kecantikan Kim Taehee, bahkan Rain sendiri turut terkesima melihat wajah berseri isterinya. Lelaki itu dilihat telah meninggalkan komen pada salah satu entri di Instagram pengurus Kim Taehee di mana dia telah memuat naik video pelakon wanita itu sedang berjalan ke arah acara itu.

rain kim taehee

“Kya~~ Siapakan pelakon wanita ini? Cantik sungguh! ♥”

Kebanyakan peminat melahirkan rasa terhibur melihat Rain mengusik isterinya itu. Mereka juga mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia bersama anak-anak mereka. Comel!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...