Nampaknya, Shindong SUPER JUNIOR adalah selebriti seterusnya yang mendedahkan kepada peminat mengenai hubungan cintanya.
Terbaru pada 1 Januari, agensi telah mengesahkan bahawa Shindong sedang bercinta dengan seorang wanita bukan selebriti kini.
Jelas agensi,
Shindong sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita bukan selebriti, tetapi dia belum merancang untuk berkahwin lagi.
Selain itu menurut laporan media, teman wanitanya pernah menjadi pelatih di sebuah syarikat hiburan tetapi kini, pekerjaannya tidak lagi berkaitan dengan industri hiburan.
Tahniah Shindong, semoga berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.