Ikuti Kami:

Shin Minah, Kim Seonho & Lee Sangyi Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Hometown Cha Cha Cha’

Shin Minah, Kim Seonho & Lee Sangyi Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Hometown Cha Cha Cha’

Dinantikan ramai, para pelakon “Hometown Cha Cha Cha” mendedahkan sebab drama ini perlu ditonton semua.

Yoon Hye-jin, wanita bandar

Kata Shin Min-ah,

Kisah realistik manusia mengenai orang yang berwarna-warni di dalam perkampungan Gongjin. Apabila anda melihat kecantikan dan kedamaian kampung persisiran pantai ini dan mendengar kisah unik setiap watak, saya yakin semua akan berasa dipujuk.

Watak Shin Min-ah berpindah dari Seoul ke Gongjin, seuatu tempat yang asing buatnya daripada pelbagai aspek. Namun, dia berjumpa Hong Doo-shik dan mula berkawan dengan jiran tertangga menerusi proses beremosi melibatkan air mata dan gelak ketawa.shin minah hometown cha cha cha

Hong Doo-shik, pemuda desa serba boleh

Hong Doo-shik ialah maskot Gongjin, melibatkan dirinya dengan semua urusan orang kampung dan muncul secara tiba-tiba untuk membantu sesiapa sahaja dan semuanya. Disebabkan oleh itu, lelaki itu rapat dengan ramai penduduk Gongjin.

Ditanya mengenai persona drama ini, jawab Kim Seon-ho sambil tersenyum,

Pemandangan cantik yang menenangkan anda dengan hanya pandangan sahaja dan penduduk Gongjin yang baik yang tinggal di dalamnya.

kim seonho hometown cha cha cha

Ji Sung-hyun, PD program hiburan yang baik 

Lee Sang-yi juga tidak terlepas berkongsi reaksi pertamanya selepas membaca skrip,

Selepas membaca skrip, hati saya berasa sejuk. Dalam dunia kini, di mana semuanya bergerak pantas dan penuh stimulasi, saya boleh bergerak perlahan semasa membaca skrip dan menikmati ketenangan itu.

Bagi kunci utama drama ini pula, jelas Lee Sang-yi,

Saya sangat menyukai latar belakangnya yang semula jadi. Saya mereasakn seperti latar persekitarannya seperti dokumentari alam. Dalam dunia kini di mana perkara kecil adalah lebih berharga, saya berharap agar penonton akan merasai alam semula jadi menerusi ‘Hometown Cha Cha Cha’ dan menyimpannya di dalam mata dan hati.

lee sangyi hometown cha cha cha

Dapat rasa dah yang “Hometown Cha Cha Cha” akan buatkan kita gembira menonton. Korang mesti tak sabar nantikan 28 Ogos ini di Netflix kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...