Ikuti Kami:

Shin Minah Dedah Sokong Kim Woobin Berlakon Semula, Netizen Terharu Hubungan Cinta 5 Tahun Kekal Utuh

Shin Minah Dedah Sokong Kim Woobin Berlakon Semula, Netizen Terharu Hubungan Cinta 5 Tahun Kekal Utuh

Meskipun sibuk dengan jadual seni sendiri, Shin Min-ah membuktikan bahawa dia merupakan teman wanita yang tidak pernah lupa menyokong teman lelakinya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Semasa menjalani temuramah untuk filem terbarunya ‘Diva’, pelakon wanita itu turut mendedahkan kisah mengenai kekasihnya iaitu pelakon Kim Woo-bin.

Kami mempunyai pekerjaan yang sama dan kami berdua menyokong antara satu sama lain.

Tambahan pula, dia bakal membuat kemunculan semula tak lama lagi, saya berharap agar semuanya berjalan lancar untuknya. Kami saling mengharapkan yang terbaik untuk satu sama lain.

shin minah dan kim woobin

Seperti yang diketahui anda, pelakon lelaki itu telah disahkan menghidap kanser nasopharyngeal pada tahun 2017 dan kemudiannya berehat selama dua tahun bagi menjalani rawatannya. Selepas sembuh daripada penyakit berbahaya tersebut, dia kemudiannya sedang bersedia untuk kembali ke dunia seni.

Melihatkan hubungan pasangan Shin Min-ah dan Kim Woo-bin yang kekal utuh daripada 2015 membuatkan ramai yang berharap agar pasangan ini akan terus kekal bersama sehingga ke jinjang pelamin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...