Ikuti Kami:

Shin Hyunbin Sertai Go Hyunjung Dalam Drama Pengkhianatan ‘A Person Similar To You’

Shin Hyunbin Sertai Go Hyunjung Dalam Drama Pengkhianatan ‘A Person Similar To You’

Nampaknya Shin Hyun-bin telah pun disahkan bakal menyertai Go Hyun-jung dalam drama terbaru JTBC pada 2021 nanti.

“A Person Similar To You” membawa kisah seorang wanita yang berpegang teguh kepada keinginannya manakala seorang wanita lain pula yang kehilangan cahaya dalam hidup kerana seorang lagi. Drama ini akan membawa kisah curang, pengkhianatan, rasuah dan balas dendam yang tercetus selepas pertemuan mereka.

Go Hyun-jung akan membawa watak Hee Joo, seorang wanita yang teguh pada keinginannya. Walaupun membesar dalam suasana yang daif dan zaman kanak-kanak yang penuh persaingan, wanita itu berjaya menjadi seorang artis dan penulis esei yang berjaya. Selepas berkahwin dengan seorang pewaris kepada pemilik dana hosiptal, dia berjaya memiliki keluarga yang bahagia. Pun begitu, dia mula menyesal dengan masa berlalu yang tidak bermakna selepas menjadi isteri dan ibu kepada dua orang anak. Kehidupannya mula berubah selepas dia mengenali seorang wanita yang bercahaya meskipun hidup miskin.

shin hyunbin

Manakala Shin Hyun-bin pula dipilih untuk melakonkan watak guru seni di dalam drama tersebut iaitu Gu Hae-won dan merupakan figura yang mengubah kehidupan Hee-joo. Ramai yang nyata teruja kerana wanita ini yang menunjukkan kehebatan lakonan dalam drama popular “Hospital Playlist” baru-baru ini.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...