Ikuti Kami:

Shin Hyunbin Dilapor Bakal Berlakon Dengan Song Joongki Dalam ‘Chaebol’s Family’s Youngest Son’

Shin Hyunbin Dilapor Bakal Berlakon Dengan Song Joongki Dalam ‘Chaebol’s Family’s Youngest Son’

Pastinya ramai yang mengenali watak Jang Gyeo-ul dalam drama “Hospital Playlist” kan?

Sedang sibuk dengan penggambaran kedua drama perubatan itu, Shin Hyun-bin dikhabarkan bakal menerajui drama “Chaebol’s Family’s Youngest Son” bersama Song Joong-ki.

Selepas khabar angin itu berterbangan, agensi Shin Hyun-bin memberikan respon daripada pihak mereka,

Dia ada menerima tawaran berlakon daripada drama ‘Chaebol’s Family’s Youngest Son’ dan kini sedang menelitinya.

Berdasarkan daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang yang setia berkhidmat selama 10 tahun dengan keluarga kaya namun akhirnya dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga itu dan merencana pembalasan dendam sambil mula mengambil alih sedikit demi sedikit.

jtbc youngest son of the chaebol house

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Song Joong-ki sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Jin Do-joon manakala pelakon Lee Sung-min turut disahkan ada menerima tawaran untuk menyertainya.

Shin Hyun-bin dilamar untuk melakonkan watak pendakwa Seo Min-young yang bekerja di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah. Dia merupakan seorang yang sanggup melanggar undang-undang bagi mendapatkan keadilan. Seo Min-young dan Jin Do-joon akan terlibat dengan satu hubungan di mana mereka berjalan di antara sayang dan benci.

Boleh tahan laku Shin Hyun-bin kini! Bukan sahaja sibuk dengan “Hospital Playlist 2” malah dia juga sudah disahkan bakal berlakon dalam “A Person Similar To You”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...