Ikuti Kami:

Setiap Watak Dalam ‘Woman Of 9.9 Billion’ Ada Muslihat Sendiri, Penonton Keliru Nak Percaya Yang Mana Satu

Setiap Watak Dalam ‘Woman Of 9.9 Billion’ Ada Muslihat Sendiri, Penonton Keliru Nak Percaya Yang Mana Satu

Sesiapa yang minat K-Drama mesti suka dengan laman KimchiDaily kan? Yalah admin tiap-tiap hari sogok anda dengan drama Korea terbaru dan terbaik daripada ladang! Admin sebenarnya nak semua penonton daripada Malaysia supaya dapat mendengar sendiri persepsi yang tidak bias langsung tetang mana-mana drama sekalipun. Baik tak admin?

Terbaru, ada satu cerita baru gempak yang baru ditayangkan di saluran KBS. Anda semua mesti terpikat nak tengok bila tahu yang ia dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Cho Yeojeong dan Kim Kangwoo! Kalau siapa pernah menonton drama “Lovers In Haeundae” yang ditayangkan pada tahun 2012, pasti anda akan ingat keserasian mereka dalam naskhah itu.

kbs woman of 9.9 billion won

Sinopsis “Woman Of 9.9 Billion Won”

Jung Seoyeon (Cho Yeojeong) telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menderanya iaitu Hong Inpyo (Jung Woongin). Diam-diam, dia sebenarnya mempunyai kekasih gelap, Lee Jaehoon (Lee Jihoon) yang merupakan suami kepada Yoon Heejoo (Oh Nara).

Tanpa taraf pendidikan yang tinggi, sumber atau kemahiran, Seoyeon terperangkap dalam kehidupan yang menyedihkan dan tempat dia melepaskan perasaan hanyalah pada kekasih gelapnya yang berkemungkinan tidak peduli langsung tentangnya. Meskipun kelihatan naif, wanita itu bukanlah bodoh. Dia tahu bagaimana payahnya untuk menyara kehidupan dan juga bagaimana yang kaya sering menindas yang miskin.

cho yeojeong woman of 9.9 billion won

Kehidupan Seoyeon yang menyeksakan membuatkan dia mahu mati tetapi semuanya berubah apabila dia tanpa sengaja telah menemui 9.9 bilion won (RM34.6 juta). Jumlah wang itu yang sangat menggoda menyebabkan dia tidak mengendahkan bahaya di sekelilingnya. Walaupun wang itu merupakan kunci kepada Seoyeon untuk menyelesaikan masalahnya, ia juga telah menggugat kewujudannya kerana pemilik asal pasti mahukannya kembali. Gelap mata, wanita tersebut tidak mampu menjadi baik dan memberitahu sesiapa tentang keberadaan wang itu.

Petunjuk mengenai penjenayah asal yang memiliki wang tersebut membawanya kepada pertemuan dengan Kang Taewoo (Kim Kangwoo) iaitu seorang bekas pegawai polis yag sedang menyelidik mengenai kematian adiknya. Diberhentikan kerana ditangkap mengambil rasuah, lelaki itu mula beralih fokus kepada kes kematian adiknya dan cuba membongkarkan rahsia di sebaliknya.

kim kangwoo woman of 9.9 billion won

Rating tinggi pada awal tayangan

Pada tayangan episod kedua “Woman Of 9.9 Billion”, drama itu berjaya mencatat rating yang tinggi di bagi keseluruhan saluran televisyen dan duduk selesa di tangga pertama untuk slot tayangan tersebut. Nielsen Korea melaporkan bahawa purata rating drama itu ialah 7.0% dan 8.5% pada peringkat seluruh negara.

Drama “Woman Of 9.9 Billion” merupakan sebuah drama yang dipenuhi dengan saspens dan misteri. Ramai penonton meluahkan rasa keliru mereka kerana tidak pasti watak mana yang benar-benar jujur dan boleh dipercayai. Semuanya seperti mempunyai muslihat tersendiri yang tidak baik.

Sumber: Forbes, Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...