Ikuti Kami:

Setelah 7 Bulan, Jennie BP Muat Naik Video Baru ‘Bakery Tour Vlog’ Di YouTube Miliknya

Setelah 7 Bulan, Jennie BP Muat Naik Video Baru ‘Bakery Tour Vlog’ Di YouTube Miliknya

Jennie BLACKPINK mengemas kini akaun YouTube miliknya buat kali pertama dalam tempoh 7 bulan!

Idola yang sibuk itu, dengan pelbagai jadual termasuk di luar negara sejak beberapa bulan lalu, tidak berkesempatan untuk mengemas kini peminatnya menerusi saluran YouTube peribadi miliknya. Namun pada 15 Disember, Jennie telah memuat naik video bertajuk “Bakery tour vlog” yang menunjukkan dia melawat kedai roti yang berbeza dan membeli pastri untuk dirinya dan ahli BLACKPINK.

Untuk vlog yang tenang dan kasual ini, Jennie membawa peminat melawat kedai roti, melawat tempat sohor kini untuk makanan bakar dan gula-gula. Berpegang teguh pada nama panggilannya sebagai “bbang-Jennie” (roti-Jennie), idola itu menunjukkan kecintaannya terhadap makanan yang dibakar, dengan membeli lebih daripada cukup roti untuk seorang!

jennie youtube vlog

Selepas lawatan kedai roti, Jennie mencuba lima roti pilihan terbaiknya dan dia turut berkongsi dengan kakitangannya. Jennie turut mengelilingi bangunan YG Entertainment serta meninggalkan sedikit makanan untuk pekerja dan juga untuk Lisa.

Pada penghujung vlog, Jennie telah memberi ‘teaser’ untuk video seterusnya akan datang, menampilkan penampilan tetamu Ji-soo BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...