Ikuti Kami:

Setahun Selepas Kontroversi Curang, Kim Mingwi Kembali Berlakon Dalam ‘Narco-Saints’

Setahun Selepas Kontroversi Curang, Kim Mingwi Kembali Berlakon Dalam ‘Narco-Saints’

Nampaknya Kim Min-gwi sudah pun kembali dalam arena lakonan selepas setahun berehat dek kontroversi menduakan kekasihnya dahulu.

Kontroversi kini tercetus semasa lelaki itu sibuk dengan promosi drama “Nevertheless”. Menurut pendedahan bekas kekasihnya, lelaki itu kerap kali curang dan meniduri wanita lain sepanjang mereka bercinta selama 6 tahun. Malah dia juga dikatakan telah melanggar perauturan kurantin semasa disahkan positif COVID-19 beberapa ketika lalu bagi meneruskan aktiviti tidak baiknya itu.

Walau bagaimanapun, agensi Kim Min-gwi pada ketika itu mengakui pertuduhan tersebut namun menolak bahawa dia melanggar peraturan pencegahan wabak berkenaan.

kim mingwi narco-saints

Dek kes itu, babak Kim Min-gwi dikurangkan dalam beberapa episod akhir “Nevertheless” selain dia memilih untuk mendiamkan diri hingga baru-baru ini. Para penonton “Narco-Saints” nyata terkejut apabila melihat pelakon berkenaan tampil semula sebagai Lee Sang-jun iaitu orang kanan paderi Jeon Yo-hwan (Hwang Jung-min).

Rata-rata penonton nyata terkejut melihat kemunculan lelaki itu kerana tiada pengumuman awal yang dibuatnya.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...