Ikuti Kami:

Setahun Berlalu, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Tercalon Dalam 2021 International Emmy Awards

Setahun Berlalu, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Tercalon Dalam 2021 International Emmy Awards

Sudah setahun menamatkan tayangan, nampaknya “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi popular di serata dunia.

Terbaru, drama itu telah dimumumkan tercalon dalam 2021 International Emmy Awards. Pencalonan itu didedahkan oleh International Academy Of Television Arts & Science.

Untuk pengetahuan anda, anugerah ini diadakan bagi menghargai program TV yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat.

Bukan sahaja “It’s Okay To Not Be Okay”, program uji bakat survival “I-LAND” juga tercalon dalam kategori Hiburan Tanpa Skrip. Daripada program ini, ia berjaya melahirkan kumpulan ENHYPEN yang popular secara global kini.enhypen“It’s Okay To Not Be Okay” menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Semoga menang buat keduanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...