Ikuti Kami:

Setahun Berehat Dek Skandal, Seunghan Kembali Ke RIIZE

Setahun Berehat Dek Skandal, Seunghan Kembali Ke RIIZE

Seunghan dari RIIZE akan kembali aktif selepas hampir setahun berehat.

Pada 11 Oktober, SM Entertainment mengumumkan bahawa Seunghan—yang menghentikan semua aktivitinya buat sementara tahun lepas akan kembali pada bulan depan.

Ulas mereka secara ringkas,

Seperti yang ramai sudah tahu, sudah kira-kira 10 bulan sejak Seunghan menghentikan aktivitinya selepas terlibat dalam kontroversi berkenaan tindakan peribadinya semasa zaman pra-debut.

seunghan riize

Tambah mereka,

Seunghan telah mengakui kesilapannya yang lalu dan telah merenung tindakannya selama hampir setahun, berasa bersalah kepada ahli-ahli kumpulan dan peminatnya.

Oleh kerana memahami betapa beratnya isu itu, pihak mereka memilih untuk mengambil tempoh yang sesuai supaya keadaan reda sebelum membuat keputusan ini.

Mulai November, Seunghan akan mula menyertai beberapa aktiviti yang dijadualkan bersama RIIZE secara beransur-ansur.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Fact

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...