Ikuti Kami:

Sertai Seo Jihye & Yoon Kyesang, Kim Jisuk Dilamar Berlakon ‘Sixth Sense Kiss’

Sertai Seo Jihye & Yoon Kyesang, Kim Jisuk Dilamar Berlakon ‘Sixth Sense Kiss’

Selepas tamat sahaja drama “Monthly Magazine Home”, nampaknya Kim Ji-suk sudah bersedia untuk menyertai projek baru.

Khabarnya, pelakon lelaki itu bakal berlakon di dalam drama “Sixth Sense Kiss”. Diadaptasi kepada webtoon baru-baru ini, “Sixth Sense Kiss” membawa kisah Hong Ye-seul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium leher bosnya, Cha Min-hoo dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

Kim Ji-seok dilamar untuk membawa watak Lee Pil-yo, iaitu bekas teman lelaki Hong Ye-seul dan merupakan pembuat filem berbakat.seo jihye yoon kyesangSebelum ini, dilaporkan bahawa Seo Ji-hye dan Yoon Kye-sang turut ditawarkan untuk berlakon di dalam drama ini namun mereka masih menelitinya.

“Sixth Sense Kiss” akan memulakan penggambaran tak lama lagi dan akan bersiaran menerusi laman penstriman (OTT) yang belum ditentukan lagi.

Banyak juga job Kim Ji-suk tahun ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...