Utama Celebrity News Sertai Pancaragam Tentera Laut 31 Ogos Ini, Peminat Diminta Tak Kerumun Lokasi...

Sertai Pancaragam Tentera Laut 31 Ogos Ini, Peminat Diminta Tak Kerumun Lokasi Kemasukan Park Bogum

park bogum masuk tentera

Nasiblah bila minat pelakon atau pun idola lelaki Korea, anda pasti terpaksa kuatkan hati apabila mereka menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib dan ‘menghilangkan diri’ daripada radar selama 2 tahun.

Nasib yang sama bakal dilalui oleh peminat Park Bo-gum apabila pelakon kacak itu bakal menyertai latihan khidmat ketenteraan bermula 31 Ogos ini nanti. Kalau anda nak tahu, lelaki itu telah diterima untuk memasuki pancaragam tentera di bawah kelolaan Tentera Laut Korea dan bakal menggalas tugas bermain keyboard.

Dek situasi COVID-19 yang kian meruncing di Korea, agensi naungannya iaitu Blossom Entertainment meminta peminatnya supaya memberi kerjasama dan tidak berkumpul di tempat kemasukan tentera Park Bo-gum nanti.

Disebabkan situasi pendemik sekarang ini di mana semua orang sepatutnya menjalani penjarakan sosial untuk kebaikan semua, kami meminta peminat supaya tidak melawat lokasi tersebut dan hanya menyokong pelakon itu dalam hati mereka sahaja. Sekali lagi, kami menekankan permintaan kami kepada peminat ini supaya mengelak daripada berada di lokasi kemasukannya dengan harapan dapat menghantarnya pergi. Kami meminta para peminat bekerjasama untuk kali ini supaya dapat mengawal beberapa isu keselamatan.

park bogum masuk tentera

Bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk, lebih baik semura peminat tidak berkerumun di lokasi pendaftaran Park Bo-gum. Nanti bukan setakat meningkatkan risiko jangkitan virus malahan nama pelakon itu juga akan menjadi sebutan netizen juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...