Ikuti Kami:

Sertai Lisa BP & Park Bogum, V BTS Dilantik Jadi Duta Global Jenama Mewah Celine

Sertai Lisa BP & Park Bogum, V BTS Dilantik Jadi Duta Global Jenama Mewah Celine

Akhirnya, V dilantik sebagai duta global jenama Celine!

Baru-baru ini, V daripada kumpulan BTS telah memulakan langkah rasmi pertamanya sebagai ‘Celine Boy’.

Pada 30 Mac, V telah menghadiri acara pembukaan kedai pop-up Celine yang diadakan di The Hyundai Yeouido, Seoul.

celine boy v

Untuk maklumat, penyanyi ini telah menarik perhatian orang ramai dengan aktiviti pertamanya sebagai duta global Celine.

Dalam majlis pelancaran tersebut, V telah menggayakan item dari koleksi Celine Homme Summer 23, melengkapkan daya tarikan lelaki berkarisma yang menyegarkan.

Bukti pengaruh hebat V, beg tangan yang diperagakan penyanyi itu ketika di acara tersebut, telah habis dijual di Seoul.

celine boy v

Pada masa yang sama, peminat juga mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut atas pelantikannya menjadi duta global Celine dan memuji penampilannya di acara berkenaan.

Karya hebat dari atas sampai bawah. Duta global Celine V.

 

V menghadiri majlis foto bersama Celine harini. Awak kelihatan sangat hebat.

 

V kelihatan sungguh kacak.

 

Tahniah V!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...