Utama Drama Korea Sertai Kim Raewon & Son Hojun, Gong Seungyeon Dilamar Terajui ‘The Police...

Sertai Kim Raewon & Son Hojun, Gong Seungyeon Dilamar Terajui ‘The Police Station Next To The Fire Station’

gong seungyeon kim raewon son hojun

Selepas Kim Rae-won dan Son Ho-jun dilaporkan bakal menerajui drama “The Police Station Next to the Fire Station”, nampaknya ada nama baru yang disebut bakal menyertai dua hero itu.

Bertiup khabar angin dalam industri mengatakan bahawa Gong Seung-yeon akan menjadi heroin drama SBS itu. Dalam pada itu, agensinya memberi respon,

Gong Seung-yeon sedang meneliti dengan positif untuk muncul dalam ‘The Police Station Next to the Fire Station’.

gong seungyeon

Ia berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memandamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak. Drama ini menggambarkan momen tegang di antara jenayah, krisis dan kecemasan. Dipenuhi dengan siasatan saintifik, ia bakal menjadi drama pertama yang menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai siasatan insiden kebakaran.

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal menjadi barisan utama drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...