Ikuti Kami:

Sertai Agensi Baru, Kim Junghyun Bakal Kembali Berlakon?

Sertai Agensi Baru, Kim Junghyun Bakal Kembali Berlakon?

Pasti ramai yang masih teringat dengan kontroversi melibatkan Kim Jung-hyun kan? Disebabkan oleh itu, dia kini memilih untuk berehat seketika bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Selepas berpisah dengan agensi lamanya iaitu O& Entertainment, lelaki itu disahkan berjabat tangan dengan syarikat Story J kini. Kalau anda nak tahu, agensi ini menaungi ramai pelakon hebat seperti Kim Tae-hee, Seo In-guk, Yoo Seung-ho dan lain-lain.

Respon agensi berkenaan,

Kami sentiasa melihat bakat Kim Jung-hyun sebagai pelakon. Selepas kami mengetahui dia memulakan langkah sendiri, kami berbincang untuk jangka masa yang panjang selain membina kepercayaan antara satu sama lain.

Kim Jung-hyun sedang memberi fokus untuk memulihkan kesihatannya. Dengan termeterai kontrak ini, dia akan menerima sokongan yang baik dan menumpukan perhatian kepada lakonan.

kim junghyun

Semoga cepat sembuh supaya dia boleh kembali ke dunia lakonan kerana ramai yang sedang menunggu.

Apa pun, kita harapkan yang terbaik untuknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...