Ikuti Kami:

Sering Terima Komen Jahat Tentang Wajahnya, Pemain Bola Tampar Pro Kim Inhyuk Ditemui Mati

Sering Terima Komen Jahat Tentang Wajahnya, Pemain Bola Tampar Pro Kim Inhyuk Ditemui Mati

Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyerang kiri untuk pasukan bola tampar profesional Samsung Fire & Marine Insurance Bluefang iaitu Kim In-hyuk telah meninggal dunia.

Menurut respon wakil pasukan berkenaan,

Kim In-hyuk dijumpai mati di rumah pada hari yang sama dan polis sedang menyiasat punca kematian sebenar.

Merupakan seorang pemain yang berpotensi besar, dia pernah merekodkan skor sebanyak 344 dalam 32 perlawanan dan musim 2019-2020. Walaubagaimanapun, kariernya sedikit merudum apabila dia mengalami kecederaan demi kecederaan.

kim inhyuk

Untuk musim ini, dia hanya mampu bermain dua perlawanan sahaja di Samsung Fire & Marine kerana beberapa kecederaan. Sejak Disember tahun lalu, dia meninggalkan pasukan tersebut dan tinggal di rumah sahaja bagi mendapatkan rawatan.

Pada Ogos tahun lalu, Kim In-hyuk telah meninggalkan entri di Instagram yang berbunyi,

Saya ingatkan berduduk diam dan tidak mengendahkan salah faham yang disebut sejak 10 tahun lalu adalah jawapannya, tetapi saya juga penat. Lelah menanggungnya.

Dalam pada itu, dia sering menerima kritikan kerana dikatakan suka bersolek. Jawabnya sebelum ini,

Saya tak pernah pakai solekan, saya tak sukakan lelaki dan saya mempunyai teman wanita. Saya tak pernah menjadi pelakon video dewasa.

Dia juga meminta semua agar tidak salah faham memandangkan luahan tersebut ditujukan kepada semua mesej terus (DM) yang diterimanya selain komen buruk yang memenuhi media sosialnya selepas setiap perlawanan.

kim inhyuk

Antara komen diterima dalam salah satu entri pada Ogos lalu,

Solekan tu..

 

Kenapa awak ni?

 

Kenapa bersolek? Sangat terbeban melihatnya.

 

Kenapa mata awak macam tu?

Takziah buat keluarganya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...